Pages

Showing posts with label MINYAK. Show all posts
Showing posts with label MINYAK. Show all posts

Thursday 10 April 2014

Harga Minyak Naik Lagi 2014? Jual Minyak RON 95 Kepada Rakyat Miskin Sahaja (Ikut Jenis Kereta)! Setuju?

Harga Minyak 2014
Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mungkin ada benarnya, cadangan kalangan rakyat Malaysia supaya mereka yang menjawat jawatan menteri ini disaring semula dan perlu melalui ujian IQ terhadap diri mereka supaya mereka yang dilantik untuk memimpin & mengurus negara adalah kalangan yang benar-benar berkelayakan.
Berita Semasa tidak pasti mengapa Tengku Adnan bercakap soal minyak? Apa kelayakan & kapasiti beliau untuk bercerita  mengenai minyak?

Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mekanisme Baru Jual Minyak RON 95

  • Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Minyak RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja
  • Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Contohnya, mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard atau pun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.
  • Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mengekang negara jiran dari Singapura dan Thailand serta warga asing yang bekerja di negara ini daripada menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi
  • Pada masa ini harga minyak RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala harga minyak RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
  • Inisiatif kerajaan ini dilakukan demi masa depan negara dan tidak menggunakan pendekatan populis yang bakal memusnahkan masa depan negara
Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Bukankah cakap terus-terang itu lebih baik. Mahu umumkan kenaikan harga minyak naik 2014 tidak lama lagi bukan (SEPERTI DI SINI)? Bukankah lebih baik untuk peringkat awal, dilaksanakan mekansime di mana terdapat pengawalan yang lebih ketat bagi rakyat asing membeli minyak di Malaysia? Bagi Berita Semasa jikalau langkah seperti ini berjaya dilaksanakan, barulah diperluaskan untuk kelompok sasaran pula.
Harga Minyak RON 95 2014
Berjaya Dikesan (Lokasi) : R&R ayer keroh pada 11/1/2014
Hakikatnya? Dengan orang Singapore yang isi minyak RON95 pun tidak boleh dibendung, masih mahu bercita-cita besar untuk mengawal penjualan minyak mengikut pendapatan rakyat Malaysia? Erm…..
Buktikan kepada rakyat terlebih dahulu. Jikalau dapat bendung penjualan minyak kepada warga asing,, boleh syukur nikmat. Banyak peratus penjimatan yang dapat kerajaan kumpul daripada mekanisme sebegitu rupa. Apa pandangan anda pula mengenai langkah terbaru kerajaan mengenai Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 selepas ini dan juga cara penjualan minyak RON 95 kepada anda?

Tuesday 25 March 2014

TAHUKAH ANDA KESAN SAMPINGAN MINYAK WANGI KEPADA DIRI ANDA ?

Artikel kali ini bukan dengan tujuan memburuk burukan produk wangian tetapi hanya sekadar untuk info yang harus anda tahu. Dengan itu anda harus bijak memilih minyak wangi yang anda akan gunakan dan sebaiknya jauhkan daripada membeli atau mengunakan winyak wangi yang mempunyai kandungan yang banyak. Terutamanya jika ianya beralkohol.


Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa kesa terhadap kesihatan anda.

Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.

Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.

Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.




View the original article here