Pages

Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Friday 25 July 2014

'Keunikan' di Majlis Pertunangan Pija Mentor

Retis sendu jer... Tak menonjol sangat. Tapi pertunangan dia ni menjadi hot kerana ada keganjilan dan kepelikan disitu. Apa yang pelik tu? Uolls kena tengok photo tu betol-betol la.



Mesti bole nampak apa mende yang UNIK sangat. Menarik..




^

*

*

*

*

*

*

*

Nampak tang mana yang pelik tu?



Seumur hidup Haku ni..Ni 1st baru nampak. Ada yang kata adat orang Sabah memang macam tu... Tolong bagi penjelasan sket kalau ada reader orang Sabah kat sini.

View the original article here

Sunday 18 May 2014

Fesyen pelik Scha-Alyahya di majlis ulangtahun ke-10 Majalah Glam

Fesyen pelik Scha-Alyahya di majlis ulangtahun ke-10 Majalah Glam - Majlis ulangtahun kesepuluh Majalah Glam telah berlangsung malam tadi secara gilang-gemilang dan turut dihadiri ramai artis terkenal seperti Nurul Wahab, Rossa, Atilia, Chef Wan, Ning Baizura dan ramai.

Bagaimanapun, antara penampilan yang paling menarik perhatian peminat ialah fesyen pakaian yang digayakan oleh isteri Awal Ashaari iaitu Scha-Alyahya yang dikatakan kurang sesuai untuk wanita yang sedang hamil. Benarkah? 




View the original article here

5 Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah

Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah - Pelakon veteran Mak Mah atau nama sebenarnya Ruminah Sidek, 68, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang juga peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al-Fatah Rahim, 70.

Majlis akad nikah itu berlangsung di kediaman abang ipar pelakon itu di Klang kira-kira jam 9.20 pagi Sabtu yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang. Mohd Jani Sarman bertindak selaku saksi kepada majlis tersebut.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran berserta tujuh dulang hantaran yang berupa air minuman Twister, kasut, Al-Quran, beg tangan, kek, sejadah dan telekung. Manakala pihak lelaki pula menerima hantaran berupa tuala, tepak sirih, kek, satu set wangian, set pakaian, sejadah dan buah-buahan.

Antara selebriti yang hadir ke majlis berkenaan yang turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O ialah Abon, AR Badul, Aida Gadis Melayu, Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila.












View the original article here

Saturday 17 May 2014

Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya

Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya - Pelakon dan model seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 22, telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan majlis hari ulangtahun kelahirannya di laman Instagram baru-baru ini.

Apa yang menarik tentang foto-foto yang dimuatnaik, Kilafairy kelihatan selamba menayangkan bahagian punggungnya yang besar sehingga menarik perhatian peminat di laman sosial.

Penulis memang tak boleh nafikan Kilafairy ialah antara selebriti wanita yang paling layak memegang watak-watak penggoda mengatasi Lana Nordin kerana dia mempunyai karakter sedemikian yang semulajadi.








View the original article here

Wednesday 26 March 2014

MH370: Majlis Fatwa Tentukan Solat Jenazah Ghaib

type='html'>KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang Selasa untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan.

Najib menarik perhatian, selain solat jenazah ghaib, pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan berkaitan penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.



"Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut," katanya.

Tegasnya, ketika ini bukanlah waktu untuk mana-mana pihak mempolitikkan isu kehilangan pesawat tersebut sebaliknya mengambil peluang menunjukkan solidariti dengan keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.





"Saya ingin merayu kepada rakan-rakan kita sama ada dengan parti kerajaan atau pembangkang...dalam krisis seperti ini, kita mesti menunjukkan rasa simpati kepada semua pihak yang menjadi mangsa kepada tragedi yang amat menyayat hati.

"Kita mesti tunjuk kematangan dan rasa cinta, lebih-lebih lagi perasaan sensitiviti kepada keluarga yang berada dalam keadaan begitu sedih dan pilu sekali," katanya.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here