Pages

Showing posts with label Malam. Show all posts
Showing posts with label Malam. Show all posts

Wednesday 21 May 2014

Aksi gedik Emma Maembong dan Nad Zainal berseronok malam

Aksi gedik Emma Maembong dan Nad Zainal berseronok malam - Dua pelakon wanita muda popular, Emma Maembong dan Nad Zainal sememangnya terkenal dengan kecomelan dan kegedikan mereka masing-masing.

Walaupun mempunya bakat lakonan yang berbeza di mana Nad Zainal lebih menyerlah namun kedua-dua aktres kacukan ini mempunyai beberapa persamaan iaitu hampir sama tinggi, berbadan kecil dan memiliki raut wajah yang ceria.

Daripada sekeping gambar di bawah, yang mana antara Emma Maembong dan Nad Zainal yang menjadi pilihan anda?




View the original article here

Sunday 13 April 2014

Siang Pegang Kayu GOLF, Malam Pegang "BATANG" Jantan

kedi, jual diri, kelab golf, pemain golf,
JOHOR BAHRU – Siang jadi kedi, malam jual diri. Itu pengakuan sebahagian daripada 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya semalam.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Mohd. Nakhafi Hasan berkata, semua wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 46 tahun itu ditahan ketika baru melaporkan diri untuk memulakan tugas sebagai kedi kira-kira pukul 8 pagi.

Menurut beliau, siasatan mendapati, sebahagian PATI yang ditahan itu mencari pelanggan dalam kalangan pemain golf ketika bertugas sebagai kedi.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati semua warga Indonesia yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Malah mereka menjalankan kerja tambahan sebagai pelacur selepas selesai bertugas sebagai kedi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Thursday 20 March 2014

Nora Danish Sempat Larikan Diri Dari Kelab Malam Diserbu Polis

type='html'>


 Baru semalam kami menonton siaran ulangan rancangan 999 yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan telah menyerbu sebuah kelab malam di sekitar Bandar Utama minggu lepas.

Menerusi rancangan dokumentari tersebut, kelab tersebut dikatakan sudah 3 kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah. Terletak di tingkat atas sebuah bangunan, ketika hari serbuan, seorang artis dikatakan sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa sampai ke kelab berkenaan.

Menariknya, hari ini menerusi rakan media, Rotikaya, portal tersebut mendakwa bahawa artis yang telah menyambut harijadi pada malam serbuan berkenaan dipercayai Nora Danish.

Gambar diambil dari Rotikaya.com


Melalui artikel yang sama, portal tersebut turut menyiarkan sekeping gambar sedutan dari video 999 dan juga gambar yang dimuatnaik oleh Nora Danish ke laman Instagram-nya.

Apa yang menarik perhatian kami ialah, kedua-dua kad jemputan itu mempunyai design yang sama, menguatkan lagi spekulasi yang timbul.

Apa pun, pihak kami ketika ini sedang cuba untuk menghubungi Nora Danish untuk mendapatkan kepastian dari empunya diri.-ohbulan.com

View the original article here