Pages

Showing posts with label Misteri 100 Rumah Mewah Tidak Didiami. Apakah Sebabnya?. Show all posts
Showing posts with label Misteri 100 Rumah Mewah Tidak Didiami. Apakah Sebabnya?. Show all posts

Monday 23 June 2014

Misteri 100 Rumah Mewah Tidak Didiami. Apakah Sebabnya?

Misteri 100 Rumah Mewah Tidak Didiami. Apakah Sebabnya?  | Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong , setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang . Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut. 


Banyak di antara bangunan di bandar itu dijual. Penduduk China tidak dibenarkan untuk melabur di luar negeri , sehingga ada letupan nyata dalam dunia hartanah di saat orang mencari pelaburan yang selamat untuk kekayaan mereka . Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . 

Namun , dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting . Beberapa pekerja di China telah melabur tabungan mereka hingga ke tiga generasi dari satu keluarga hanya untuk membeli hartanah di bandar itu . Tetapi mereka tidak mahu membeli salah satu rumah di sana kerana bandar itu terlalu jauh dari pusat - pusat bandar utama dan membuat kota itu dibiarkan tanpa penduduk sama sekali . 

Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong . Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang . Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk melindungi mereka daripada kerosakan . 

Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa harus pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan . " Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa harus tinggal di sebuah pondok kayu .