Pages

Showing posts with label Nafsu. Show all posts
Showing posts with label Nafsu. Show all posts

Tuesday 2 September 2014

PASANGAN PENGANTIN NAFSU SONGSANG

=

Moscow: Cinta memang tidak mengenal sesiapa, termasuk jantina dan kegilaan nafsu.

Di Russia, negara yang mengharamkan perkahwinan sejenis dan menganggap amalan itu sebagai penyakit mental, sepasang suami isteri semalam melafazkan ikrar untuk bersama ketika pengantin lelaki berpakaian seperti wanita.

Ia dianggap satu daripada perkahwinan paling kontroversi di negara berkenaan.
Namun, pasangan Dimitriy Kozhuhov, 23, dan Ellison Brux, 21, mempunyai cara tersendiri untuk membolehkan ‘cinta’ mereka disempurnakan.

KOZHUKHOV dan Ellison kelihatan seolah-olah pasangan kembar pada hari perkahwinan mereka.

Kozhuhov kini dikenali sebagai Alina Davis kerana bermekap serta berpakaian seperti wanita.

Dalam keadaan begitu, ketika mereka disahkan sebagai ‘suami isteri’ hadirin melihat ada dua pengantin perempuan bergaun melalui detik menggembirakan.

Kozhuhov mengaku dia gemar berperwatakan serta bermekap seperti wanita dan keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak.

Namun, kata Kozhuhov, dia dan Ellison amat mencintai satu sama lain.

“Kami juga tidak menghadapi masalah ketika menghantar permohonan perkahwinan kepada pejabat pendaftar walaupun kami menjangkakan masalah akan berlaku,” katanya.

Selepas melalui urusan pendaftaran, kata Kozhuhov, dia dihubungi ketua pejabat pendaftar dan diberi ingatan berkali-kali supaya dia tidak memakai gaun ketika dikahwinkan.

Kata Kozhuhov, undang-undang Russia menetapkan hanya lelaki boleh berkahwin dengan wanita.

Perkahwinan di Pejabat Pendaftar Kutuzovsky Prospekt itu kemudian tetap berlangsung dengan kedua-duanya hadir berpakaian gaun pengantin.

Namun, ia tidak berjalan tanpa halangan.

Pada peringkat awal Kozhuhov dan Ellison dilarang masuk melalui pintu depan, sebaliknya terpaksa ‘diseludup’ melalui pintu belakang.

Kata Ellison, ketua pejabat berkenaan cuba menyembunyikan mereka kerana ia akan memalukan masyarakat setempat.

Akhirnya, selepas dibawa masuk melalui pintu belakang, Kozhuhov dan Ellison dikahwinkan di pejabat berkenaan.

“Kini saya gembira kerana gambar perkahwinan kami dikongsi dan dibincangkan.

“Saya berharap kami dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk mencabar undang-undang ketat ini dan berkahwin secara terbuka,” katanya.- Agensi

View the original article here

Tuesday 15 July 2014

[Gila] Lelaki Ini Cipta Patung Untuk Puaskan Nafsu Sendiri

Malodrax adalah nama samaran bagi pemuda yang berasal dari Canada ini.

Dia merupakan salah seorang ahli komuniti ‘misc’ yang sering menghabiskan masanya berbahas mengenai agama dan politik.

Dia akan mencatatkan pelbagai pertanyaan dan mesej panjang sehingga ada kalanya tulisannya itu akan menjadi pelik, seram, lucu dan tidak masuk akal.

Beribu-ribu orang akan beri pendapat mengenai tulisannya termasuk ahli moderator yang sukar untuk faham sama ada Malodrax sengaja mahu mencari perhatian atau dia sebenarnya sakit mental!

Antara perkara yang diutarakannya adalah mengenai dia sering membuang air di dalam botol kosong kerana terlalu malas untuk bangun.

Dia akan bawa botol kosong kemana saja dia pergi termasuk ke sekolah atau tempat kerja.

Yang paling HARU – Malodrax pernah menceritakan mengenai anak patung yang dibuat untuk memuaskan nafsu seksnya sendiri!

Lihat saja gambar di bawah, begitulah PELIKNYA pemuda bernama Malodrax ini
Penulis rasa dia ni memang ada masalah mental kot.

Kebanyakan tulisannya telah dibuang oleh pemilik forum, namun dia kembali menulisnya semula.

Walaupun begitu, sehingga kini tidak ada laporan yang dibuat mengatakan yang Moladrax telah mengancam atau menakutkan mana-mana pihak.

Dia seperti berada di dunianya yang tersendiri.

Macam-macam…






View the original article here

Thursday 26 June 2014

BONGKAR! Group FB Sasar Gambar Wanita Hamil Bertudung Untuk Puaskan Nafsu




Pelik dan amat pelik. Rupa-rupanya di laman sosial terbesar di dunia, Facebook wujud satu group di mana ahli-ahli groupnya mempunyai nafsu yang amat pelik iaitu melihat gambar wanita hamil bertudung. Mereka menjadikan group itu sebagai medium untuk mengongsi gambar-gambar wanita yang hamil dan bertudung antara satu sama lain bagi memuaskan nafsu pelik dan amat pelik mereka itu.



Walaupun perkara ini agak pelik, namun, oleh kerana wujudnya golongan yang tidak seberapa betul mental mereka ini, harus diingatkan supaya ibu-ibu yang sedang mengandung tidak mengongsi gambar-gambar mereka sembarangan di laman sosial.



Maria kita sama-sama report group ini: Hamil Bertudung

View the original article here