Pages

Showing posts with label Nasir. Show all posts
Showing posts with label Nasir. Show all posts

Wednesday 23 July 2014

Punca sebenar Anzalna Nasir mengamuk di laman Instagram

Punca sebenar Anzalna Nasir mengamuk di laman Instagram - Semalam wartawan Harian Metro melaporkan bahawa pelakon jelita, Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Hanif Mohamad Zaki sekaligus akan berhenti berlakon.

Laporan itu tidak disenangi Anzalna sehingga menyebabkan beliau memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram dengan kapsyen berbaur kemarahan berbunyi "Irresponsible Reporting? Whats app untuk tanya pasal gambar sahaja apa salahnya interview sekali.. kan dah bagi info SALAH!haih..Perlu ke mengungkit kisah lama? Di bulan yang mulia ni ada juga org nak membuka aib orang lain kan? Astaghfirullahaladzim.. 25min."








Berikut ialah isi kandungan penuh laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam mengenai kisah silam Anzalna Nasir yang membuatkan pelakon itu naik angin.

Walaupun memiliki Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia dan boleh menjadi guru Bahasa Inggeris, Anzalna Nasir, 26, memilih lakonan sebagai kerjayanya.

Bermula dengan siri Suria Di Cordoba, kemudian Ramadan Ter­akhir, Anzalna kini antara pelakon yang semakin mencipta nama.

Antara drama lakonannya ialah Gemersik Kalbu, Sirrun, Maskara, Love You Mr Arrogant, Adam Dan Hawa, Ajaibnya Cinta, Destinasi Cinta Sara dan Salahkah Aku.

Dilahirkan di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Januari 1988 dan membesar di Kuala Lumpur, Anzalna pernah menetap di Australia selama lima tahun sebelum pulang ke tanah air sekitar 2009.

Dia pernah ditawarkan menjadi pembaca berita dan pengacara, tetapi laluannya sebagai anak seni terarah kepada bidang lakonan.

Anzalna juga menyimpan hasrat menjadi penyanyi dan bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Sepanjang pembabitannya dalam seni, Anzalna juga tidak sepi daripada kontroversi. Pada 10 Jun 2012, Anzalna mencetuskan perang dingin dengan Neelofa kerana memberi kenyataan memburukkan nama Neelofa.

Enggan memanjangkan isu itu, Anzalna menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

Anzalna juga berdepan krisis dengan Shah Iskandar kerana menyiarkan khidmat pesanan ringkas jejaka itu dengan kakak–nya, Diana Nasir.

Bagaimanapun, sikap profesional kedua-dua pelakon itu me­nyebabkan masalah itu cepat diselesaikan.

Ketika penggambaran siri Aku Isterinya, isteri Izzue Islam, Awin dikatakan cemburu dengan babak romantik suaminya dengan Anzalna, menyebabkan Izzue dikatakan bermasam muka dengan Anzalna demi menjaga hati Awin.

Anzalna yang kini bercinta dengan Mohamad Hanif Mohamad Zaki bercadang menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini, sekali gus menamatkan kariernya sebagai pelakon.

Keputusan itu dibuat demi menghormati suaminya. Bagaimanapun, jika ada tawaran menarik minatnya, Anzalna akan terima jika diizin suami.

View the original article here

Wednesday 21 May 2014

Anzalna Nasir dedah wajah wanita sebar fitnah isu pembedahan muka

Anzalna Nasir dedah wajah wanita sebar fitnah isu pembedahan muka - Pelakon jelita, Anzalna Nasir pastinya individu yang paling terkejut kerana didakwa seorang wanita enggan dikenali melakukan pembedahan muka agar kelihatan cantik dan lebih anggun.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli atas pemberian Allah.

Di laman Instagram aktres seksi itu, Anzalna turut memuatnaik status dan gambar wajah wanita berkenaan untuk menjawab dakwaan yang tersebar baru-baru ini. Ia disertakan caption pendek berbunyi berikut :-

"FITNAH FITNAH FITNAH!! Syukur Alhamdulillah dengan apa yang Allah beri.. Semoga kamu dirahmati Allah.. Amin.. @anzalnanasirlovers #TolongNasihatkan."








View the original article here

Wednesday 14 May 2014

Apabila Anzalna Nasir kelihatan seperti patung Doll

Apabila Anzalna Nasir kelihatan seperti patung Doll - Apa yang anda nampak tentang sekeping gambar di bawah? Anzalna Nasir nampak seolah-olah seperti patung doll yang kelihatan begitu cantik dan jelita. Pandai sungguh pelakon ini membuat pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan dirinya.

Tahun lepas, pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan pernah berkongsi beberapa keping gambarnya memakai baju Barbie. Ternyata, Anzalna lebih real berbanding isteri Zain Saidin itu kalau bergambar macam patung samada doll atau barbie.




View the original article here