Pages

Showing posts with label POKOK. Show all posts
Showing posts with label POKOK. Show all posts

Tuesday 24 June 2014

PENDUDUK GALI AKAR POKOK CARI WANITA MISTERI

Chiang Thong, Thailand: Didorong oleh mimpi aneh yang sama, sekumpulan penduduk kampung menggali akar sebatang pokok setinggi 22.5 meter di daerah Wang Chao bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita yang terperangkap di situ.

Media tempatan semalam melaporkan, kebanyakan penduduk kampung di situ bermimpi seorang wanita misteri berdiri berhampiran sebatang pokok.

Wanita terbabit dilihat meminta tolong kerana berada di bawah pokok berkenaan sejak beratus-ratus tahun silam. Anehnya, lapor akhbar, penduduk terbabit mengalami mimpi yang sama selama beberapa malam. 

Selepas mengadakan perbincangan, mereka bersepakat melawat kawasan yang dikenal pasti sama seperti dalam mimpi dan mula menggali pokok berkenaan.






Sekumpulan penduduk kampung menggali akar sebatang pokok setinggi 22.5 meter di daerah Wang Chao
Menggunakan jengkaut, mereka mengambil masa selama empat hari sebelum dapat mengalih pokok mempunyai lilitan 4.7 meter itu.

Namun mereka tidak menemui sesiapa atau kesan manusia di bawah pokok berkenaan.






INILAH Nang Ta-khian wanita misteri
Penduduk tradisional Thailand percaya pokok hopea odorata (atau pokok ta-khian) itu didiami roh wanita dikenali sebagai Nang Ta-khian.






Pokok ta-khian yang di simpan di Kuil
Mereka kemudian bersetuju menyimpan pokok berkenaan di kuil tempatan kerana beranggapan ia boleh mendatangkan tuah. - Agensi
View the original article here

Thursday 17 April 2014

AMBIL PERHATIAN!! Jauhi pokok ini dari anak dan keluarga anda

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.



Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

sumber 

Monday 24 March 2014

POKOK BERUSIA 6000 TAHUN



Meh rapat2 adik kakak semua.. nasihangit nak introduce dekat korang pokok yang berusia 6000 tahun, iaitu Pokok Baobab. Jangan tanya nasihangit kenapa nama dia macam tu, apa yang patut korang tanya ialah kenapa pokok ni lain dari yang lain?


Ketika pokok ni berusia 1000 tahun, batang pokok ni mula mempunyai rongga. Macam dah akil baligh la.. Berubah bila tiba masanya. Apa yang best, rongga tu mampu memuatkan 15 orang dalam masa yg sama dan mempunyai ketinggian 13 kaki. Hahaha ;3








Tengok, betapa hebatnya ciptaan yang Maha Esa. ;3
View the original article here