Pages

Showing posts with label Pelawak. Show all posts
Showing posts with label Pelawak. Show all posts

Monday 19 May 2014

Pelawak Ajak Shiro biar anak dibelit ular sawa di rumah

Pelawak Ajak Shiro biar anak dibelit ular sawa di rumah - Penulis agak terkejut dengan perkongsian pelawak Ajak Shiro mengenai sekeping foto di laman Instagram miliknya yang jelas memperlihatkan anaknya sedang dibelit ular sawa sederhana besar ketika tidur di rumah.

Adakah perkara tersebut salah satu hobi beliau untuk melawak dan berhibur? Pasti ramai pengikut laman Instagram peribadinya berasa geli hati dan marah dengan tindakan sedemikian kerana takut membahayakan anak sendiri yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Melalui caption panjang lebar pada gambar berkenaan, Ajak membuat luahan hati tentang kenangan mereka ketika isterinya mengandungkan si anak kecil sewaktu dia menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia. Salah satu cabaran pada masa itu ialah dia terpaksa bermain dengan ular.









View the original article here

Thursday 15 May 2014

Pelawak Enot dedah perangai sebenar bekas suami

Pelawak Enot dedah perangai sebenar bekas suami - Selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.

Walaupun memberikan jawapan yang tidak secara langsung namun ramai pasti mengetahui maksud Enot di sebalik penjelasannnya. Kata ibu kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina itu, dia sudah serik untuk berkahwin kerana tidak mahu lagi menanggung suami.



Untuk pengetahuan, Enot pernah berkahwin dengan bekas suami kedua, Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 namun bercerai lima tahun kemudian kerana tiada persefahaman. Dengan bekas suami pertama pula, Enot dikaruniakan dua cahayamata.





View the original article here

Tuesday 18 March 2014

Kisah Ebby Yus Sebelum Bergelar Pelawak Dan Usahawan

 







Siapa menyangka daripada seorang penjual petai di pasar malam, kini pelakon dan pelawak Ebby Yus sudah maju ke hadapan apabila bergelar usahawan restoran.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 48, sehingga kini sebanyak tiga cawangan restoran masakan Cina Muslim, Restoran Adam Lai telah berjaya diusahakannya bersama tiga rakan kongsi yang lain.

“Saya sudah biasa dengan berniaga sejak kecil. Walaupun berlakon sejak 1983, tetapi saya tetap berniaga kecil-kecilan.

“Jangan tak tahu, saya pernah berniaga petai di pasar malam, walaupun sudah bergelar pelakon ketika itu,” katanya memetik laporan Berita Minggu, hari ini.

Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia mereka.

Dalam perkembangan lain, Ebby yang tercalon dalam kategori Pelawak Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular tidak mengharapkan sebarang kemenangan kerana merasakan artis komedi seperti Jep Sepahtu, Johan dan Zizan mempunyai peluang cerah untuk menggenggam trofi tersebut - Mynewshub.my

View the original article here