Pages

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Tuesday 25 November 2014

Wartawan Dedah Senarai Peserta Akhir Program Gegar Vaganza!

Siaran minggu kedua hujung minggu lalu menyaksikan Hasnol telah menjadi peserta pertama yang tersingkir dari persaingan epik Gegar Vaganza yang kini diteruskan oleh 11 peserta yang lain.

Pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan 10 peserta layak meneruskan persaingan ke minggu ketiga menjadikan dua peserta lagi iaitu Hasnol dan Sam Innuendo berada dikedudukan terendah. Dan, nasib tidak menyebelahi Hasnol.

“Nombor satu, malam ni saya demam. Nombor duanya saya batuk. Nombor tiganya selsema teruk. Tapi Alhamdulillah semuanya lepas dan saya berterima kasih kepada pihak produksi Gegar Vaganza dan juga Astro serta kesemua juri,” katanya.

Namun yang menariknya berkaitan program ini, seorang wartawan senior dalam dunia hiburan hari ini telah menulis satu laporan yang turut menyenaraikan nama peserta yang bakal ke peringkat akhir Gegar Vaganza, yang memang kita ketahui satu program rakaman.

“Rakaman rancangan hiburan menarik di Astro Ria, Gegar Vaganza sudah labuhkan tirai separuh akhir dengan menyaksikan enam artis bakal berentap di pentas final”

“Mereka ialah Ifa, Rahmat Mega, Mamat (bekas Exist), Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal. Shima yang diharap ramai ke final, tersingkir di pusingan penting itu. Suaranya hebat tapi markah juri tak memihak kepadanya. Juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim. Juri jemputan malam itu Datuk Yusof Haslam dan Ning Baizura,” tulis wartawan itu.

Tidak seronok pula rasanya untuk menonton program itu selepas ini jika benar seperti apa yang disampaikan. Hilang rasa debaran, heh. (rtky/m)

View the original article here

Sunday 21 September 2014

Program Pelik Di Hong Kong, Memasak Tanpa Pakai Pakaian

=

Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan tanpa pakaian, lapor sebuah akhbar di Hong Kong.

Flora yang berusia 20 an akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa.

“Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan,” katanya kepada akhbar South China Morning Post.



Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar di Hong Kong. Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak.

Wanita itu kemudian akan berbgl dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.

Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya.



Flora mengatakan bahwa dirinya tidak pernah memasak di restoran atau di mana pun, hanya saja ia sangat suka memasak. Dia juga berharap acaranya yang sedikit sensual ini dapat menarik perhatian para lelaki untuk datang ke dapur.

Acara yang dibawakan oleh Flora, penontonnya memang rata-rata semuanya lelaki-lelaki. Dengan berbekalkan keseksiannya itu, ia berharap kaum lelaki tertarik untuk ke dapur.
View the original article here