Pages

Showing posts with label Razali. Show all posts
Showing posts with label Razali. Show all posts

Friday 16 May 2014

Foto Nelydia Senrose baring di perut Qi Razali sambil peluk anak kecil?

Foto Nelydia Senrose peluk anak kecil baring di perut Qi Razali - Penulis memang akui ketajaman pemerhatian sebehagian peminat terhadap sekeping foto yang dikongsikan Qi Razali di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Gambar tersebut nampak macam biasa jika dipandang sepintas lalu namun kalau anda membaca komen panjang lebar seorang peminat, anda pasti perasaan Nelydia Senrose sebenarnya berbaring di perut seorang lelaki sambil memeluk anak kecil. Lelaki itu didakwa Qi Razali.

Perkongsian Qi ini tidak begitu disenangi segelintir peminat dan meminta aktor itu menjaga batas-batas antara lelaki dan wanita. Ada juga peminat menggesa agar mereka berkahwin dalam terdekat untuk mengelakkan fitnah yang lebih teruk.








View the original article here

Tuesday 25 March 2014

Foto perkahwinan Qi Razali Dan Uqasha Senrose

Foto itu dimuatnaik sendiri oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya dua minggu lepas dengan caption menarik berbunyi “Just married… #jikaITUjodohKITA Coming soon…”


Kami agak terkejut seketika menatap sekeping foto dua pelakon terkenal Qi Razali dan Uqasha Senrose yang seolah-olah sudah berkahwin. Ingatkan betul rupanya sekadar gimik sahaja.

Walaupun mungkin hanya berjenaka dan bertujuan untuk mempromosikan drama bersiri Jika Itu Jodoh Kita namun para peminat tetap teruja melihat foto ini. Pasti ramai peminat tidak sabar untuk menonton siri drama yang bakal ditayangkan ini.



View the original article here