Pages

Showing posts with label Tangan. Show all posts
Showing posts with label Tangan. Show all posts

Tuesday 20 May 2014

Foto Nabila Huda cedera berlumuran darah di tangan dan badan

Foto Nabila Huda cedera berlumuran darah di tangan - Seram tengok tangan Nabila Huda yang penuh dengan akibat tercedera. Gaun yang dipakai pelakon seksi ini pun penuh dengan darah sehingga menimbulkan kebimbangan tentang apa sebenarnya yang berlaku ke atas Nabila.

Selepas menjenguk di laman Instagram ibu tunggal ini, penulis baru tahu bahawa Nabila sedang terlibat dalam penggambaran sebuah filem bergenre seram yang tidak diketahui judulnya. Beliau melakonkan watak sebagai seorang wanita yang suka minum darah.

Penulis pasti, lakonan yang dibawakan oleh Nabila tidak mengecewakan dan bakal menggamit perasaan paling seram dalam diri penonton apabila filem ini ditayangkan nanti. Rasanya, ini filem pertama Nabila melakonkan watak bergenre hantu.








View the original article here

Wednesday 19 March 2014

2 Foto: Punca Sebenar Adira Mengalami Kecederaan Tangan Di Klang

type='html'>
PETALING JAYA: Penyanyi Adira mengalami cedera di tangan kirinya selepas jatuh tangga di sebuah kilang di Pulau Indah, Klang, dekat sini pada Isnin lalu.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya sehingga tidak sedar dia tersalah langkah ketika menaiki tangga.adira“Di kilang tersebut, kakak saya ada buka sebuah kantin, dan ketika itu saya mahu melawatnya di sana.
“Terlebih seronok agaknya. Ketika sedang menaiki tangga, saya tersilap langkah lalu terjatuh dan kemudian terus ke sebuah klinik di sekitar Kluang untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.
a

Bagaimanapun tambah Adira, doktor telah mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku kepadanya.
Adira (tengah) menunjukkan kecederaan tangannya di laman Instagram miliknya.
Malah dia juga masih lagi menjalani aktiviti hariannya seperti biasa selain menyempurnakan undangan persembahan di beberapa tempat.
“Cedera ini bukan bermakna saya dapat berehat kerana kerja masih lagi perlu diteruskan.

“Lagipun hanya tangan yang cedera bukannya suara dan masih lagi boleh menyanyi macam biasa. Cuma penampilan saya dengan tangan berbalut saja membuatkan ia kelihatan tidak berapa menarik,”

View the original article here