Pages

Showing posts with label Tanya. Show all posts
Showing posts with label Tanya. Show all posts

Thursday 24 July 2014

3 Gambar intim Nelydia Senrose dan Syazwan Zulkifli cetus tanda tanya

Gambar intim Nelydia Senrose dan Syazwan Zulkifli tanda tanya - Selepas kontroversi intim bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Nelydia Senrose kini seperti bakal mengulangi gosip yang sama dengan pelakon Syazwan Zulkifli.



Ia berikutan tindakan Syazwan mula memuatnaik beberapa keping gambar intimnya di laman Instagram bersama dengan kekasih Qi Razali itu dalam sebuah telefilem baru berjudul Ada Apa Dengan Raya. Telefilem ini akan ditayangkan pada hari raya ini. - Murai Batu










View the original article here

Wednesday 21 May 2014

Bibir seksi Eira Syazira undang tanda tanya

Bibir seksi Eira Syazira undang tanda tanya - Nama Eira Syazira dikaitkan dengan sebarang kontroversi jarang kita dengar diutarakan selain tuduhan yang mendakwa aktres jelita itu menampar krew produksi baru-baru ini.

Eok juga kurang kontroversi kerana dapat menjaga nama baik sendiri di mata peminat dan masyarakat. Cuma penulis sedikit tertarik dengan sekeping foto yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya dalam keadaan sedang mendongak sehingga memperlihatkan bibirnya yang seksi.

Ia menimbulkan tanda tanya apakah rahsia produk kecantikan yang digunakan Eira untuk memiliki bibir yang mulut dan kelihatan seksi.






View the original article here

Monday 19 May 2014

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya - Semalam dua keping gambar seorang wanita bertelekung yang sedang solat dan khusyuk membaca Al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur telah menjadi viral di laman sosial.

Tindakan itu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa wanita berkenaan tiba-tiba berbuat demikian. Bagaimanapun, ia terjawab sebaik sahaja pihak polis membuat siasatan lanjut.

Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan berlaku di Jalan Kunak-Tawau namun kali ini melibatkan seorang wanita yang keadaan bogel berlegar-legar di tengah-tengah Jalan Kunak-Tawau, Sabah sekitar tengah hari tadi. Tiga keping gambarnya telah mula tersebar di laman sosial.

Punca wanita bogel itu bertindak demikian tidak diketahui setakat ni dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa. Kredit kepada blog ekeleh.








View the original article here

Gambar wanita solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur undang tanda tanya

Gambar wanita solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur undang tanda tanya - Aksi seorang wanita bergelar makcik solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur menjadi bahan bualan hangat di laman sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna facebook.

Menurut salah seorang pengguna facebook MRM, dua keping gambar di bawah adalah bersumberkan dari King Jason. Menariknya, sepanjang tempoh wanita berkenaan solat, seorang polis trafik secara sukarela menjaganya.

Setakat ini, sebab sebenar makcik tersebut bertindak melakukan solat di tepi Jalan Maharajalela Kuala Lumpur tidak dapat dipastikan.






View the original article here

Saturday 22 March 2014

'Tanya Dia, Jangan Tanya Saya' - Suami Sari Yanti

type='html'>PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.

Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian".

Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.



Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan.





"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah.

"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya.

Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan.

Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac.

Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah.

Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here