Pages

Showing posts with label Thierry. Show all posts
Showing posts with label Thierry. Show all posts

Tuesday 8 July 2014

Budak Dinamakan ‘Zidane Thierry Henry Barthez’ Hadapi Masalah Sebut Nama Sendiri


RIO DE JANEIRO: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun Brazil yang diberi nama menggunakan beberapa nama bintang bola sepak terkenal Perancis, kini menghadapi masalah untuk menyebut namanya sendiri.


Budak itu dinamakan Zinedine Yazid Zidane Thierry Henry Barthez Eric Felipe Silva Santos.



Dikenali ‘Zidane Kecil’, dia hanya mampu untuk menyebut tiga nama pertamanya tanpa masalah, namun menghadapi kesulitan untuk nama mengingati nama lengkapnya.



“Saya belum lagi tahu (menyebut nama) selepas itu. Saya tidak pernah pelajarinya lagi,” kata Zidane kepada laman web G1.



Meskipun Perancis berjaya mengalahkan Brazil pada Piala Dunia 2006, bapa kepada budak berkenaan memutuskan untuk mendedikasikan tiga bintang iaitu Barthez, Zidane dan Henry kepada bayi lelakinya ketika itu.



Nama Eric pula sebagai penghormatan kepada pemain lagenda Perancis yang juga bintang di Manchester United, Eric Cantona manakala Felipe pula sebagai penghormatan kepada Pengurus Brazil, Luiz Felipe Scolari.



Silva Santos pula adalah nama keluarga berkenaan yang tinggal di pinggir bandar Maceio, ibu negeri Alagoas, di mana bapa budak berkenaan penyokong setia dua negara iaitu Brazil dan Perancis.

Petrucio Santos, bapa kepada budak berkenaan berkata, beliau mula meminati Perancis selepas melawat dua anak perempuannya yang tinggal di negara Eropah itu beberapa tahun lalu.



“Saya meminati sikap mesra orang Perancis, dengan itu saya memutuskan untuk mempelajari bahasa mereka supaya saya mampu bertutur tanpa bunyi yang pelik jika saya berkesempatan melawat semula Perancis,” kata Santos.



Ketika ‘Zidane Kecil’ ditanya sama ada dia menyukai namanya itu, dia berkata: “Tidak. Saya amat menyenangi sekiranya nama saya Luiz Gustavo iaitu pemain tengah Brazil.” – AFP





sumber


View the original article here