Pages

Showing posts with label bahaya. Show all posts
Showing posts with label bahaya. Show all posts

Saturday 12 April 2014

10 Jalan Paling Bahaya Di Dunia!!!

salam..

so arini nak story pasal jalan2 paling bahaya kat dunia
cuba la rancang pejalanan utk elakkn jalan2 ni
kalu nak lalu jgak lantak la..haha


10. Jalan India Grand Trunk (India)


dibina sejak abad ke 16
India’s Grand Trunk Road (dikenali sbg GT) menjalar sjauh 1500 batu dri Bangladesh di timur hingga Pakistan di barat
menjadikan beliau jln tepenting spnjg daerah India
selama betaun-taun, jalan ni diguna sbg cara mudah utk mengelak dari tentera oleh pedagang
GT dikira bahaya bukan sebab ketinggian ataupon keadaan jln yg menyakitkn jiwa
tapi sebab keadaan trafik kat situ
trak, bas, beskel, pjln kaki, dan binatang mmg mnyakitkan kepale
kalu nak lalu jalan ni,minum la air red bull spy sntiasa alert


9. Grimsel Pass (Switzerland)



Grimsel Pass xde la dikira bahaya sgt
tapi lebih popular dgn jalannye yg mmg giler2
bagi aku ni antara jalan paling cantik di dunia
jalan ni menjalar atas gunung yg tingginye 2165m tinggi
dibina dkt Lembah Rhone River dan Lembah Haslital
cuba la jgn memecut kat sini melainkan korank mcm Lewis Hamilton tym kat selekoh
skali tersilap aku cakap bye2 jela!



8. Lebuhraya Pan American (Amerika - Alaska)


Lebuhraya Pan American mmg sgt popular sbg jln pling ekstrim di dunia
jalan ni menjalar sepanjang 30 ribu batu dari Alaska sampai Amerika Selatan..(giler ah!!!)
Guiness Book of World Records jugak dah iktiraf beliau sbg jln tepanjang di dunia yg boleh diguna oleh kenderaan
jalan yg pnjg ni merentasi macam2 bentuk muka bumi
spnjg jln ni de mcm2 musim dan suhu yg ekstrim
masalah kt jln ni adelah banjir kilat dan tanah runtuh
x tekecuali jgak slekoh tajam dan jalan curam
kalu kete rosak kt sini aku nasihatkan korank buat khemah la kat tepi jalan

7. Lebuhraya Halsema (Filipina)


teletak kat Pulau Luzon, Lebuhraya Halsema dibina merentas Teluk Cordillerain dari Baguio ke Bontoc
dan besambung lagi ke Tabuk dan Tuguegarao
tanah rnth dan and batu jatuh tu dah tersangat biasa di sini
menyebabkan kenderaan stuck utk berjam-jam
byk bhgnjln yg masih x diturap
walaupon upgrade dah di buat
tapi masih de tebing2 yg curam yg mnunggu utk mmbunuh korank
keadaan kabus dan xde benteng mmg best bagi sesape nk lalu jln ni
org2 kat situ cakap yg pememdu bas yg lalu jalan ni perangai cam celaka gak
jadi, try la nek bas kalu berani

6. Jalan A682(England)



Jalan A682 antara smpng 13 jln M65 dan Long Preston ni adelah jalan pling teruk kat England
spnjg 10 taun lepas 100 org dah berjaya menempah kubur
de satu hotspot utk jalan ni iaitu kat jalan single lane spjg 14 batu dekat dgn Nelson, Lancs, dan Long Preston kat Yorkshire Utara
kat situ je, 22 eksiden paling buruk belaku kat situ dlm 3 taun
pakar2 cakap yg akan ade 0.5 kematian per 10 batu stiap taun
walaupon org cakap bahaya, tapi jalan ni digemari pembonceng moto terutama tym pagi Ahad (Tangga Troll) adelah jln gunung kat Rauma, Norway dan adelah sbhgn dari Norwegian National Road 63

5. Trollstigen (Norway)


jln ni mghbngkan Åndalsnes di Rauma dan Valldal di Norddal..(korank bukan tau pon aku tipu..haha)
antara sbb die popular adelah sebab sudut jalan sbyk 9% dan 11 slekoh tajam betul2 kat curam gunung
walaupon jln dah dibesarkan, knderaan lebih 12.4m pnjg adelah diharamkan dari masuk jln ni
dekat puncak gunung ade satu tempat kat utk parking kereta
supaya korank bleh rehat,amek gambar dan mengucap puas2 sebelum sambung pejalanan turun!

4. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)


jln yg mghbgkn Arica ke Iquique ni mmg dibina utk jadi berbahaya
korank akan lalu lembah paling dalamdgn angin kencang bersama korank
dengan citer klasik yg ade kete tulang kat bawah tu
korank jugak akan jumpa kete dan jugak bas kadang2
yg mana bawak dengan sgt "slow"nye
maybe diornk ni mmg xnak hidup dah xpon hantu tengah kejar diorank
dgn persekitaran yg sekata dan lngsung x kalerful ni mmg sungguh memboringkan
tumpuan adelah sesuatu yg sukar dan korankdgn mudah tidur tanpa sedar
dan bile da tidur, anda tidur la terus
xde sape2 dah nak tulun bangunkan

3. Jalan Siberian ke Yakutsk (Russia)


jalan ni menjalar dari Moscow ke Yakutsk
yg jugak tmpt pling sejuk di luar Antartika yg pernah direkodkan
kbykn rumah dibina atas konkrit sebab tanahnye yg smmgnye ais (boleh pnggl tanah ke gitu?)
so,ape yg buat beliau ni jln pling bahaya di dunia?
waktu msm sejuk yg kira2 10 bulan lamanye
jalan ni dilanda salji yg sgt teruk dgn ais yg mengaburi pndgn
tapi bawak kete tym ni kire cam pegi piknik la kalu dibanding ngan waktu antara Julai dan Ogos
orang2 Siberia cakap jln tu x beturap sbb nk halau tentera Jerman masa perang Dunia Ke-2
besa la, lawak org tua2
tapi yg betulnye sebab permafrost (beku snjg masa)
bile masuk je musim panas, hujan mula la cairkan ais
trafik jam tym ni mmg cam giler mila jln da start belumpur


beratus-ratus trafik jam belaku spnjg jalan
pengembara mahupun backup terdedah kepada bhy spt dirompak, diblasah dan diculik swaktu stuck kat jalan ni



2. Lebuhraya James Dalton (Alaska)




Lebuhraya James Dalton adelah jln berbatu spjg 414 batu
sememangnya jalan ni bukan utk org bejiwa tenang mahupun kereta baru
cermin keta dan lampu depan mmg target utama batu2 yg terbang kat sini
tapi jgn risau,anda ade teman bila lalu jlan ni iaitu trekter serta treler2 besar
jln ni diguna utk bwk bekalan ke pelantar minyak d Teluk Prudhoe
boleh dikatakan suma syrkt sewa keta x benarkan korank lalu jalan ni
terima kasih kepada trak2 yg memecut atas jlan licin lagi berbatu ni,
diorang bejaya menhasilkan kabut habuk dan lumpur yg maha byk


menjadikan jarak penglihatan menjadi adelah 0 mutlak!
tol utk keta, minyak, dan servis tersangat2 la mahal kat sini
dan mekanik secara teknikalnye x wujud kat sini
kalu nak lalu jgk sila la naik 4-wheel drive siap dgn CB radio, minyak , makanan, tayar ataupon trak pnuh dgn bekalan hidup


1. Jalan Yungas Selatan (Bolivia)


jln ni spnjg 61 hingga 69 km dari La Paz (ibu negara Bolivia) ke Coroico (kwsn Amazon)
jalan ni dah dikategorikan sbg jalan legend la
pada 1995, Inter American Development Bank start panggil beliau sbg "Jalan Kematian"
pernah direkodkan 200-300 pengembara mati waktu melalui jln ni spnjg taun
di sepanjang jalan ade tanda cross sbg tanda kenderaan penah jatuh kat situ
 

sekarang dh x bapa padat sebab dah de jln lain yg baru dibina utk mghbgkn dua bandar tadi
sebabkan sejuk sehingga besalji di atas gunung dan hutan Amazon yg lembap mghsilkan awan kat jalan ni
anda tiba2 boleh berada dlm awan ataupun tdi tgh suam2 kuku tetibe je kena ujan
di sini jugak ade khidmat cuci kete free
tym korank lalu, maybe akan ade air bukit yg jatuh bak air terjun tgh2 jalan tu
kat sini jurang2nye tinggi tambah pulak dgn jalan yg amat sempit
so kalu nk berselisih,tolong la tarik side mirror ye!!!

tu la die serba sikit jalan2 yg best tapi patut korank elak
tapi mostly jalan2 ni ade scenery yg sgt cantik
cantik dan bahaya mmg pair kan?
sesape nak cuba lalu jln ni aku galakkan
pastu tulun tgkap gambo kat aku ek..hehe

sumber

Wednesday 9 April 2014

11 Negara Paling Bahaya Untuk Dilawati Di Dunia!!!

salam...

kali ni nak share plak pasal negara-negara paling bahaya
kalu korank nak pegi melancong tu cuba-cuba la cari tempat lain
memang agak kontroversi sket la pasal senarai ni
tapi kalu da rasa nak g sangat aku nak cakap...Slamat Jalan!!!


11. Russia


ex-Soviet ni penuh dgn gangster dan pebuatan vandalism
dengan Mafia yg slalu mengamuk,dianggarkan gangster lebih ramai dri polis kat sana
stiap 18 minit,sorang akan mati dibunuh mmg cukup best didengar
purata 84 pembunuhan sehari dgn jumlah pnduduk 143 juta
pusat jenayah teletak di Republic of Chechnya di utara Georgia
pelacuran, dadah, dan restoran underground dikawal oleh org Chechen
org asing lebih kerap diculik sbb wang tebusan lagi byk
jenayah tak tekira byknye :penyeluk saku,curi handphone,kamera, duit dan serangn fizikal
mmg patut la rasanya sistem komunis dijalankan kat sini

10. Brazil


di Brazil, hnya masa yg tentukan bile anda nk kna rompak!
disebabkan petumbuhan di kalangan orang2 kaya, kadar jenayah mmg la mningkt skali
jenayah jalanan adelah biasa kat Rio de Janeiro dan Sao Paolo
slalunye mangsa x tecedera pun
cuma mintak barang kemas dgn mletakkn gelas pecah kat leher korank memang agak ngeri la
byk jgak yg ugut spy kuarkn duit kat ATM utk bayar tebusan.
kalu x bleh byr,jgn risau
kluarga anda bleh ditelefon..(tggu la bape ari sblom duit 2 masuk)
selain tu,kmpln jnygh trancang beperang dgn adenye polis yg boleh dirasuah
penjara-penjara penuh dengan pengganas dan gangster narkotik
dan kalu korank masih survive dgn suma ni, de ikan piranha pulak menunggu

9. Afrika Selatan


dgn pngglan "Rape Capital of The World" , pompuan mmg patut amek pehatian
kes rogol menampakkn penurunan kpd 113.7 pada 2004
tapi naik semula taun 2005 kpd 118.3 stiap 100 ribu orang
hos utk World Cup 2010 nimmg pnghuni tetap snarai top 5 utk jenayah homicide
jenayah slalu belaku kat kwsn miskin tapi org kaya pun tetap x terlepas walopon siap dgn guard dan pagar
pekerjaan petani di Afrika Selatandah menjadi pekerjaan paling bahaya di dunia
petani dibunuh pada kadar 313 per 100 ribu..perghhh
pelacuran ni sini adelah sgt bahaya
disebabkan 10 juta rakytnye ade HIV..padan muke

8. Burundi


negara kecik, padat dan iskin ni de masalah yg sgt besar
perang sivil antara Hutus dan Tutsis memecah belahkan negara ni pada 1993 dan 2006.
genjatan senjata dah dikuatkuasa tapi langsung x dipedulikan
pembunuhan beramai-ramai dgn masalah persekitaran mmg nyakitkn kepala rkyt Burundi
senarai pembunuhan ketua negara x terhingga
pentadbiran negara betukar tgn tatau berapa kali dlm 50 taun
jenayah oleh gengster dan kanak-kanak besenjata mmg sgt menakutkan
rompakan, curik keta dan penculikan sentiasa menunggujadi x payah la nak behenti-behenti keta nak beli souvenir
korank sepatutnya ada ilmu hidup yg tinggi sblum dtg sini
sebab kalu korank cedera,klinik xde ubat nak tulun korank!

7. Antartika


sdgkn tmpt lain bahaya sbb jenayah, yg ni pulak sebab environment die
dgn merkuri slalu mnyejuk bawah -60C, angin pulak begerak slaju 100km/hr..
laju dari moto aku tu
tededah utk sejam lebih je da cukup mengcomfirm kematian korank
Antartika xde spital,kedai serbaneka mahupon gerai mamak
kalu sesat, peluang hidup mmg sangat-sangat la x banyak
nasihat paling beguna adelah dgn x duduk jauh dr pemandu pelancong
kurang2 pun de McDonald kat Scott Base kalu korank jumpak

6. Afghanistan


slama beratus tahun, negara ni dah jd tmpt srategik utk terrories
tapi die jugak kekal sbg ngara miskin, x maju dan x stabil
waktu pnjjhan Soviet, Red Army tanan lebih 12 juta periuk api di Afghanistan
beratus mati, cedera dan cacat stiap taun sebab mende buduh ni
lepas Soviets dtg Taliban yg melarang wanita bekerja dan masuk Universiti
tahun 2001, Amerika dtg beperang dgn Taliban
tapi keganasan, perang antara puak dan jenayah narkotik beleluasa pastu
xde yg slamat di Afghanistan dgn kerap belaku pengebom berani mati
yg paling besar belaku kat Baghlan Province pada November 2007
membunuh lebih kurang 70 org
utk pengetauhan korank
Afghanistan adelah negara pembekal utk top grade hashish dan jugak opium..(dadah la tu)

5. Somalia


Somalia dikenali sbg negara anarki, korup, dan jugak kebuluran
pengembara awal-awal lagi dah diwarning bile nak masuk Somalia jugak menggelar diri sbg “Independent Republic of Somaliland”
belayar dekat dgn "Horn Of Africa" pun da kire cukup bahaya
lanun siap cekak pinggang dgn AK-47 dan tanpa segan silu menghijack kapal korank
Mogadishu terdiri dari byk suku dan jugak "warlord"
Ethiopia serang tentera Islam di Somalia pada 2006
menybbkn beratus kenatian dan beribu-ribu pelarian
kalu bagi tentera pun da bahaya..ape pulak status korank
papepon, pastikan insuran korank dah up to date

4. Sudan


kehancuran dan kematian dah sekata dgn Sudan
pengganas ade di mana-mana ceruk
ade antara pembunuh terkenal dapat pangkat diorang kt sni
dgn ijazah bom kereta, pelancar roket, senjata api dan lain-lain
kegenasan adelah senapang di Darfur militia, tentera dan jugak geng2 kecik
Sudan beperang dgn Chad disebabkan Konflik Darfur
sjk 2003, 230 ribu pelarian Sudan lari ke Timur Chad dari Darfur
lebih 2 juta mati waktu perang sivil kedua 50 taun lepas
dgn keadaan padang pasirnye, Sudan smmgnya layak masuk snarai ni

3. Kolumbia


penculikan adelah pekara paling biasa di Kolumbia
taun 1998, 2338 kes direkodkan
138 dibunuh oleh penculik mereka..huhu
di ranking keempat senarai pembunuhan dgn 69.98/100000 pada 2006
target utama adelah pentadbir dgn bedozen-dozen mati stiap taun
Kolumbia jugak pembekal 75% dari kokain di dunia
kmpln paramilitary beperang dgn kerajaandgn petumpahan darah yg x nmpk pnghjungnye
pekerja aal pon x telepas dari genggaman diorank
taun 2005, 5 pendakwah Katolik mampus, mnurun dari 9 pada 1999
Kolumbia sepatutnye tekenal dgn pesisir dan gunung yg cantik
sebalinye dikenali sbg tmpt paling ditakuti utk dilawati

2. Iraq


tak kisah la anda presiden US ke,Pele ke, Siti Nurhaliza ke
mmg x slamat di Iraq
kaya dgn sejarah dan minyaknye, negara ni jgk dikotori dgn keganasan dan kekeliruan
sjk 2003, Amerika menduduki Iraq menybbkn perng sivil
memakan korban 650 ribu orang awam
penuh dgn warna warni utk kumpulan kat sini
Al-Qaeda, pemberontak Kurdish, tentera Amerika, tentera Turki dan penjenayah telibat dgn kitaran keganasan
pembunuhan secara rawak da smmgnya slalu didengar
dilengkapi dgn pelbagai senjata, periuk api dan x lupa, pengebom brani mati
sjk 2003, 2 juta pnddk Iraq lari ke negara jiran
1.9 juta lagi beterabur di Iraq
mmg tempat yg sggh bahaya

1. Amerika Syarikat


ahha..x sangka ek???
utk rata-rata pengembara, USA nmpk mcm selamat
tapi angka dan nombor x boleh tipu
ade 200 juta snjta di USA dan 50 pembunuhan sehari
10 kali ganda kadar di jerman
5000 mati sebab kemalangan disebakan trak
6000 pejalan kaki mati di jalanan
dan 31000 mati sebab da sampai seru
USA sekarang adelah pendahulu senarai jenayah kejam
juga pendahulu senarai jumlah tahanan mencecah 2.3 juta
rakyat-rakyatnye jgak byk bebakti dipenjara oversea
Militia, kmpln pembangkang dan kmpln radikal mnyebarkan mesej keganasan dgn mlempar bom paip
Kerajaan jugak bermurah hati
dgn memberi dana $600 juta staun sbg wang saku utk pertahanan

cuba-cuba la pilih tmpt lain kalu nk mlancong ye!!!

sumber

Monday 7 April 2014

JALAN RAYA DI MALAYSIA TEMPAT KE-17 PALING BAHAYA DI DUNIA

PETALING JAYA: Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan.


Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.

Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang.

Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya 14 mencatatkan kematian, Perancis tujuh, Jerman dan Singapura enam, dan United Kingdom hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.

Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.

Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian.

Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun.

Sebagai tindak balas mengapa Malaysia berada di kedudukan antara yang paling berbahaya, penyelidik Brandon Schoettle mencadangkan bahawa pembangunan mungkin mempunyai peranan yang besar dalam perkara ini.

"Walaupun saya tidak boleh bercakap secara khusus mengenai Malaysia, kita tahu bahawa dengan peningkatan pembangunan bagi sebuah negara, kemalangan maut juga sering meningkat, " katanya sambil merujuk China dan India sebagai contoh.

Negara-negara pulau seperti Malta (tiga kematian bagi setiap 100,000), Fiji (empat), Kepulauan Marshall (empat) dan Tonga (empat) adalah negara-negara di mana kurang kemungkinan kematian akibat kemalangan jalan raya, mungkin kerana tahap kenderaan bermotor yang rendah.

Di seluruh dunia, didapati bahawa kematian akibat kemalangan jalan raya membentuk hanya 2.1 peratus daripada kematian lain-lain.

Emiriah Arab Bersatu telah menduduki peratusan tertinggi dalam kemalangan maut jalan raya dengan 15.9 peratus.

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan nisbah kematian kemalangan jalan raya dengan sebab-sebab utama kematian lain.

Kematian bagi setiap penduduk akibat kemalangan jalan raya dibandingkan dengan kematian daripada sebab-sebab utama kematian yang lain seperti 'neoplasma malignan' (kanser) dan penyakit jantung iskemia serta penyakit serebrovaskular.

Mengikut purata dunia, didapati bahawa manusia enam kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung daripada mati dalam kemalangan kereta.

Rakyat Malaysia mempunyai 2.5 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat kanser dan 2.8 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung berbanding dengan kemalangan maut.

Walau bagaimanapun, menurut satu kenyataan di laman web WHO, data kajian yang dijalankan mungkin tidak sama dengan angka rasmi di Malaysia kerana perbezaan metodologi yang digunakan oleh WHO dan bancian Malaysia.

"Banyak set data mewakili anggaran terbaik WHO menggunakan metodologi untuk petunjuk tertentu yang bertujuan untuk perbandingan antara negara dan masa.

"Oleh itu, ia tidak sentiasa yang sama dengan anggaran rasmi kebangsaan, walaupun WHO, bila-bila sahaja yang mungkin, akan menyediakan peluang kepada negara anggota meneliti kajian dan mengulas mengenai data dan anggaran sebagai sebahagian daripada perundingan negara."

Oleh itu, pengelasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbahaya untuk pemandu mungkin berbeza berbanding rekod rasmi tempatan.