Pages

Showing posts with label berumur. Show all posts
Showing posts with label berumur. Show all posts

Thursday 3 July 2014

OKU berumur 30 Tahun dikurung hampir Lebih 10 Tahun











Tidak habis lagi kisah mengenai OKU kini timbul lagi berita mengenainya...ikuti laporannya dibawah:





 Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi.





Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit. 





Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan. 





Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.







WANITA OKU dipercayai dikurung lebih 10 tahun di dalam bilik di bawah rumah. FOTO Syamsi Suhaimi





"Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ," katanya.





Via-Mymetro

View the original article here