Pages

Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Friday 18 April 2014

Feri karam: Guru bunuh diri

  • Feri karam, ratusan masih hilang 

JINDO, KOREA SELATAN- Timbalan pengetua sekolah yang terselamat daripada insiden feri karam di Korea Selatan ditemui mati, dipercayai membunuh diri.

Polis tempatan di Pulau Jindo berkata, mayat Kang Min-Kyu, 52, ditemui tergantung berdekatan gimnasium sekolah.

Gimnasium itu menempatkan ahli dan waris keluarga penumpang yang masih belum ditemui sejak Rabu lalu.

“Punca sebenar kematiannya masih dalam siasatan," kata polis kepada AFP.

Agensi berita Yonhap memetik polis berkata, Kang Min-Kyu ditemui tergantung di sebatang pokok dipercayai membunuh diri.

Kumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Danwon di bandar Ansan selatan Seoul menaiki feri menuju ke Jeju.

sumber

Friday 11 April 2014

“Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri” – Mawar Abdul Karim

Nampaknya, isu rampasan tudung fareeda tiruan semakin panas apabila rata-rata pegguna laman sosial menganggap tindakan tersebut sebagai kejam dan menjejaskan sumber rezeki peniaga lain.

Selain itu, pengguna-pengguna laman sosial juga mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli. Salah seorang peminat tudung fareeda iaitu Nurkamisah Sharil telah memuatnaik satu komen di facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan fareeda menghasilkan tudung yang murah.

Cadangan itu bagaimanapun telah dibidas oleh Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar dengan mengatakan kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri. Kata Mawar lagi, fareeda juga turut menjual scarves yang murah di mana harganya di bawah RM100.