Pages

Showing posts with label halal. Show all posts
Showing posts with label halal. Show all posts

Friday 15 August 2014

Kisah Benar Kahwin Mudah, Halal, Elak Maksiat


1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, 
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya 
mu nak nikah tak harini?
suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.
ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku , 
dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?
ustaz tu cuma jawap “boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat
ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat
dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, 
dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, 
dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku
mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
inilah kisah bertunang sesaat
ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,
sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua, 
Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, 
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku, 
10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, 
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah, 
sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee
inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, 
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot, 
insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, 
jadi berzina itu jadi mudah!
*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia

Friday 25 April 2014

Cara Bezakan Ikan Keli Yang Halal & Haram Dimakan Oleh Orang Islam

Memilih makanan yang halal untuk dimakan adalah satu perkara yang penting bagi umat Islam. Jika dahulu ikan keli sangatlah jarang menjadi lauk dalam makanan seharian, tetapi kini tidak dapat dinafikan ikan keli menjadi salah satu ikan yang paling banyak dimakan oleh rakyat Malaysia tidak kira di mana saja berada.

Mungkin disebabkan beberapa faktor termasuklah faktor ekonomi semasa menyebabkan ramai orang mula mencuba untuk makan ikan keli dan seterusnya menjadi lauk kegemaran mereka. Tetapi perlu diingat, ikan keli mempunyai berbagai-bagai jenis, dan jangan terkejut ada antara ikan keli yang tidak boleh dimakan oleh umat islam.

Dibawah terdapat beberapa panduan untuk membezakan mana satu ikan keli yang halal dan boleh dimakan dengan mana satu ikan keli yang tidak boleh dimakan. Diharapkan info ini akan membuka mata para pengguna untuk lebih berhati-hati dalam memilih ikan keli untuk dimasak.



Cara Bezakan Ikan Keli Yang Halal & Haram Dimakan Oleh Orang Islam

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

  • · Kepala berbentuk 'V'
  • · Bentuk badan mirip torpedo
  • · Badan berwarna hitam berkilat
  • · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
  • · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
  • · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

  • · Kepala berbentuk 'U'
  • · Bentuk badan tirus
  • · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
  • · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
  • · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
  • · Digoreng tidak meletup


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. Semoga bermanfaat :)

sumber