Pages

Showing posts with label hiasi. Show all posts
Showing posts with label hiasi. Show all posts

Saturday 26 July 2014

Fesyen ketat Yuna hiasi majalah Cosmopolitan amat mengejutkan

Fesyen ketat Yuna hiasi majalah Cosmopolitan amat mengejutkan - Terkejut dan terkedu seketika pandangan penulis tatkala menatap sekeping gambar Yuna sedang menghiasi majalah Cosmopolitan dengan memakai gaun yang ketat dan agak terdedah.

Ditambah pula dengan fesyen tudung penyanyi lagu Rescue itu yang sedia pelik menyebabkan penampilan Yuna sebagai penghias malajah tersebut kurang sesuai untuk dilihat oleh golongan remaja perempuan bertudung yang menjadikan beliau sebagai idola mereka.

Pendapat anda macam mana pula?






View the original article here

Nur Fathia tampil seksi dan liar hiasi Majalah Cosmopolitan

Nur Fathia tampil seksi dan liar hiasi Majalah Cosmopolitan - Nampaknya, rezeki Nur Fathia semakin murah sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Mungkin kerana bakat lakonan dan kejelitaan semulajadi yang dimilikinya sehingga membuat ramai pengarah berpusu-pusu untuk menawarkannya berlakon.

Beberapa drama bersiri yang dibintangi Fathia sebelum ini pernah mencetuskan fenomena seperti Ariana Rose, Diandra dan Dalam Setiap Sujud. Bukan itu sahaja, kekasih kepada Aiman Hakim Ridza ini turut membintangi filem-filem telemovie selain menjadi duta bagi produk.

Terbaru, Nur Fathia berpeluang untuk menghiasi muka depan Majalah Cosmopolitan edisi Jun 2014. Walaupun bukan sekali dua menghiasi muka depan majalah-majalah tempatan namun imej terdedah yang ditampilkan beliau untuk majalah Cosmopolitan dikatakan terlalu seksi dan kelihatan liar.

Dalam gambar itu, Fathia mengenakan gaun ala kemban warna jingga paras peha dan wajahnya nampak begitu berbeza sehingga didakwa mirip dengan beberapa artis Hollywood dan Bollywood seperti Katy Perry, Ashley Tisdale dan Katrina Saif.












View the original article here