Pages

Showing posts with label hitam. Show all posts
Showing posts with label hitam. Show all posts

Saturday 22 November 2014

Hanya Kerana Warna Hitam Coli Nora Danish Jadi Pertikaian Peminat..!! (4 Gambar)

Kadang-kadang terasa lucu membaca komen-komen peminat artis pujaan mereka di ruangan media sosial. Ianya seringkali berlaku apabila si artis memuat naik foto-foto mereka yang agak kontroversi.

Contoh artis yang sering mendapat komen-komen sedemikian adalah Nora Danish.


Terbaru, beliau memuat naik foto percutiannya ke Bali, Indonesia. Dalam banyak-banyak foto beliau, adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan sifat keibuan yang jelas terhadap anak lelakinya.

Namun begitu, bagi peminat fanatik, mereka seolah-olah menjadi pakar forensik untuk fesyen dan pakaian yang dipakai oleh artis kegemaran mereka. Bukan nilai sekeping gambar yang menjadi sasaran, tetapi apa yang dipakainya pada waktu itu.



Foto Nora yang ketiga menjadi sasaran peminat-peminat yang mengikuti perkembangan beliau. Memang kelihatan agak seksi foto ini kerana baju yang dipakai Nora sedikit terselak hingga menampakkan bahagian perutnya.

Tetapi bukan itu yang menjadi terjahan peminatnya, apa yang menarik perhatian mereka adalah apa yang dipakai oleh Nora di bahagian dalam a.k.a colinya!



Yang sibuk meneka warna pun ada, yang marahkan si peneka pun ada, yang tak puas hati dan pelbagai lagi..memang lucu melihatkan kekalutan peminatnya...

View the original article here

Sunday 11 May 2014

GAMBAR KETIAK HITAM NEELOFA MENJADI ISU!

GAMBAR KETIAK HITAM NEELOFA MENJADI ISU!-Neelofa adalah antara artis yang kerap menggunakan Instagram untuk berkongsi gambar kegiatan sehariannya bersama peminat.
Memang banyak gambar yang dimuatnaik oleh beliau dan menerima pelbagai komen dari peminatnya.
Salah satu gambar yang hangat didebatkan dalam akaun Instagram beliau adalah gambar beliau sedang disolek oleh seorang makeup artis lelaki untuk satu sesi photoshoot.
Sesi bergambar berkenaan dipercayai adalah untuk pakaian pengantin berdasar hastag yang ditulis oleh beliau.
Sudut gambar tersebut diambil pula menampakkan pelipat lengan Neelofa dan bukanlah ketiak secara zahirnya.





Dari situ, maka gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminatnya, ada yang ketawa, ada yang mengutuk dan ada juga yang cuba memberi kesedaran.

Thursday 20 March 2014

MH370 - Hanya tinggal 18 hari untuk cari kotak hitam sebelum bateri habis - ABC News

type='html'>Sehingga kini pesawat Malaysia Airlines MH370 tiada sebarang petunjuk kukuh di mana berada.

ABC News melaporkan pasukan pencari hanya tinggal 18 hari untuk kotak hitam pesawat itu terus hidup sebelum kehabisan baterinya kerana mampu bertahan untuk memberikan isyarat selama 30 hari.

Laporan itu menyebut, kotak hitam itu sudah kehilangan tiga daripada jangka hayat baterinya sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.

Menurut ABC News lagi, lebih mudah pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari kotak hitam itu sebelum ia kehabisan bateri.



Jika pesawat terhempas ke kawasan perairan, satu beacon pencari air akan menghantar satu nadi ultrasonik yang tidak boleh didengar oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan oleh sonar dan peralatan mencari akustik.





Terdapat satu sensor tenggelam di sebelah beacon, dan apabila sensor itu menyentuh air, beacon akan diaktifkan.

Beacon kemudian menghantar denyutan pada 37.5 kilohertz (kHz) dan boleh menghantar bunyi sedalam 4,267 meter.

Setelah beacon memberikan isyarat "ping," isyarat ping akan dikeluarkan sekali sesaat selama 30 hari.

Dalam keadaan jarang berlaku kemalangan teruk, beacon boleh terputus isyarat jika berlanggaran berimpak tinggi, kata laporan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat mesti berada kira-kira 25km di kawasan beacon untuk mencari kotak hitam itu.

Keadaan bumi dalam laut seperti parit dalam juga boleh menjejaskan pengesanan isyarat beacon itu, tambah laporan tersebut dipetik The Malaysian Insider.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here