Pages

Showing posts with label mandi. Show all posts
Showing posts with label mandi. Show all posts

Thursday 17 July 2014

Video Peragut Mandi Darah Dibelasah Ramai-Ramai



Orang ramai telah berjaya menangkap suspek yang dipercayai meragut seorang wanita di Seremban lalu membelasah hampir setengah mati.

Malang sekali, kita lebih berminat untuk mengambil tindakan sendiri daripada menyerahkan suspek ke pihak berkuasa.

Namun, matlamat tak menghalalkan cara dan seandainya suspek mati, siapa di antara mereka yang memukulnya sanggup menyerah diri pada polis agaknya?













View the original article here

Friday 27 June 2014

AWAS !!! 3 Waktu Yang Dilarang Mandi !




3 Waktu Yang Dilarang Mandi !

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam

Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita 'berhenti' dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.Wa Allahu'alam..

Sumber


View the original article here

Sunday 11 May 2014

Punca wajah sayu Erin Malek mandi di kolam renang terjawap

Cabaran dalam Fear Factor Selebriti Malaysia kedua 2014 diakui memang lebih sukar dan menakutkan berbanding musim pertama. Salah satunya ialah para peserta perlu bertindak pantas membuka kotak yang direndam dalam air untuk melepaskan diri.

Seperti yang boleh diperhatikan di bawah, aktres comel, Erin Malek kelihatan begitu keletihan dan kepenatan mengharungi cabaran berkenaan yang melibatkan masa dan nyawa. Pelakon ini memang hebat, sehingga kini masih bertahan dan belum tersingkir meskipun berhadapan dengan beberapa peserta lelaki.







View the original article here

Monday 21 April 2014

Lelaki bertuala ke rumah MB Selangor untuk mandi



Kira-kira jam 3.30 petang smlm, saya dihubungi oleh lelaki berusia 28 tahun.

"Saya terbaca status facebook encik Mazidul mengenai cadangan untuk rakyat mandi di rumah Menteri Besar, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Jomlah!," pelawanya.

Lalu saya bergegas ke Shah Alam untuk menyaksikan tindakan nekad pekerja syarikat swasta itu. Jam 3.55 petang, dia tercegat di luar pintu utama kediaman rasmi MB negeri terkaya di Malaysia itu.

Selamba dia menyapa anggota polis bertugas di situ.

"Berapakah bilangan anggota polis berkawal?," soal saya.

"Dua orang. Seorang berdiri di luar pondok kawalan, tidak berseragam dan seorang lagi di dalam, lengkap berseragam," ujarnya.



"Berbualkah dengan mereka?," tanya saya lagi.

"Melihat saya memegang tuala, reaksi mereka sedikit hairan. Saya kemudian meminta izin untuk merakamkan gambar di sekitar kawasan luar rumah MB. Dalam pada itu, sempat juga saya bertanya, di sini (kediaman MB) ada bekalan air?," katanya.

"Apakah respon polis itu?," soal saya spontan.

"Katanya, ada. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Masakan rumah MB, bekalan air dicatu," balasnya.

Dia terdiam buat seketika.

"Kalau dimohon kebenaran tadi, tiba-tiba saya dibenarkan untuk mandi di rumah MB, khuatir pula terlalu ramai rakyat negeri Selangor, hidup terseksa akibat catuan air tidak mengikut jadual, berduyun-duyun membawa tuala dan sabun, datang ke sini untuk mandi. Boleh juga mereka tengok, jumlah bilik air di kediaman Tan Sri Khalid," jelasnya.

"Apa salahnya, jika rakyat dalam kesusahan menumpang seketika, menikmati kemudahan asas di rumah pemimpin mereka. Lagipun MB sendiri mengarahkan bekalan air dicatu di seluruh Selangor. Sedangkan bekalan air ke rumah dia, tiada gangguan langsung. Lazimnya, susah senang, pemimpin sejati tetap bersama rakyat," celah saya.

Lelaki bujang menetap di Klang itu kemudian kelihatan terus menyandang tuala dan berdiri pegun, merenung papan tanda di sebelah kiri pintu masuk.

"Mudah sungguh MB dan ahli keluarga mandi, berak dan kencing. Rakyat seperti saya menderita, kena kencing. Di kawasan rumah saya, kononnya, bekalan air dicatu dua hari dan disalurkan semula dua hari kemudian. Kononnyalah tetapi kejadian itu tidak berlaku. Sukar orang bujang seperti saya untuk membasuh pakaian. Berak pun leceh sebab saya beragama Islam, punggung tidak boleh dibersihkan mengguna kertas tisu gulung sahaja. Masakan hendak bertemu teman wanita tanpa membasuh berak dengan air dan tidak mandi, busuk," ujarnya kesal.



Saya tersenyum.

"Kalau MB terkini mewakili UMNO-Barisan Nasional, BN, sudah pasti ribuan penyokong Pakatan Rakyat berpiket berulang kali, terpekik terlolong di sini. Penyokong UMNO-BN tidak bertelur, terlalu bersabar menanti, diam menikus, biarpun mereka sendiri merana berikutan kegagalan pemimpin Parti Keadilan Rakyat menguruskan bekalan air. Air, kemudahan asas, bukan kemudahan alternatif seperti sport rims kereta. Saya setuju benar dengan cadangan bernas encik Mazidul, jika catuan air masih berterusan, rakyat tertekan harus datang mandi di rumah MB. Bukan mandi dengan MB. Ikut giliranlah. Maka kediaman rasmi Tan Sri Khalid ini akan sentiasa meriah," komennya lagi.

Dia mengelap peluh di dahi sebelum berlalu pergi. Itulah antara luahan hati seorang daripada penduduk negeri Selangor

sumber