Pages

Showing posts with label neraka. Show all posts
Showing posts with label neraka. Show all posts

Wednesday 16 April 2014

Respon Raja Azmi isu tidak masuk neraka jika tidak bertudung

Respon Raja Azmi isu tidak masuk neraka jika tidak bertudung - Pada Ahad lalu, penerbit terkenal juga pengarah filem Dalam Botol, Raja Azmi, 55, telah mengeluarkan satu kenyataan sensitif yang berbunyi berikut :-

“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu.”

Kenyataan itu menyebabkan beliau dikecam teruk orang ramai di laman sosial sehingga dilabel sebagai perempuan jahil, kurang waras dan cetek ilmu agama.

Di sebalik tomahan dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, Raja Azmi yang dihubungi wartawan Kosmo memberitahu beliau tetap dengan pendiriannya dan menegakkan kenyataan yang dikeluarkannya tidak bersifat semborono. 


Dia dengan tegas juga memberitahu lebih menitikberatkan soal solat lima waktu, berbanding memakai tudung atau menutup aurat. Katanya, dia mempunyai alasan dan prinsip sendiri untuk tidak memakai tudung walaupun dikecam hebat oleh orang ramai.

"Tidak, saya sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman orang ramai. Mungkin mereka salah faham dengan kenyataan tersebut. Saya ingin membetulkan diri saya dahulu tapi mungkin ia memakan sedikit masa."

Ditanya tentang reaksi suaminya berhubung keputusannya enggan mahu bertudung buat masa ini, wanita berusia 55 tahun itu memberitahu suaminya seorang yang memahami dan tidak mudah marah.

"Tidak, suami saya tidak pernah memarahi saya jika saya tidak bertudung. Dia merupakan seorang yang memahami diri saya."

sumber