Pages

Showing posts with label terkejut. Show all posts
Showing posts with label terkejut. Show all posts

Thursday 28 August 2014

Peminat Terkejut Aaron Aziz Tunjuk Gambar Seluar Dalam!



Terkejut besar peminat yang mengikuti akaun Instagram Aaron Aziz semalam apabila pelakon tersohor itu memuat naik gambar sehelai seluar dalam.
Maklumlah selama ini Aaron dikenali sebagai artis yang biasa berkongsi gambarnya bersama keluarga, promosi iklan dan lakonan terbaru atau majlis yang dihadiri sahaja.
Tup-tup terselit gambar seluar dalam putih di atas, dah tentu objek ini mengejutkan semua orang hingga rata-rata peminat membuat andaian bahawa akaun Instagram tersebut telah digodam pihak tertentu.

aaron5

aaron1
aaron4
aaron2

Tak kurang juga ada yang faham bahawa gambar tersebut memang dimuat naik Aaron untuk memerli individu tertentu yang tertinggal seluar dalamnya dan suka bersikap bermuka-muka berdasarkan kapsyen dibuat namun ia dianggap satu tindakan yang boleh mencetus kontroversi.

aaron

Apa pun, bagi kami kalau setakat gambar seluar dalam begini tak perlulah kita bersikap taboo sangat kot.

AaronAziz
Lainlah kalau Aaron kongsi gambar dia memakai seluar dalam sahaja, ha yang itu memang bakal mencetus kontroversi tak ingat punya. - MYNEWSHUB.MY

View the original article here

Monday 21 April 2014

Anda Pasti Terkejut Baca Kisah Sebenar Pasangan Tahanan Sweden Ini

Pasti ramai dalam kalangan kita yang sedia maklum dengan berita yang menggemparkan iaitu mengenai sepasangan suami dan isteri yang ditangkap di Sweden atas tuduhan memukul anak-anak mereka yang tidak mendirikan solat.

Walaupun mahkamah di Sweden sudahpun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman keatas kedua-dua pasangan ini, tetapi masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih blur dan tidak tahu kisah sebenar mengenai mereka berdua ini.

Jadi kali ini kami kongsikan satu kisah panjang yang menceritakan kisah benar mengenai kedua-dua pasangan dari Malaysia ini.



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..


Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..

Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah ” abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza..”


Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas – siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..



Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya’ dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan “Miss Shal” semasa di Sekolah Seri Putri..


Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..

Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang..

Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih..

sumber 

Saturday 19 April 2014

Bapa Terkejut periksa GAJET anak

Kuala Lumpur: “Daniel baru berusia lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi di YouTube, memuat turun aplikasi lucah dan sebagainya.
“Saya tak tahu dari mana dia belajar,” kata Azri Kamal, 34, antara ribuan ibu bapa di negara ini yang khuatir kebanjiran aplikasi lucah dalam laman web boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah sejak kecil.

Ini berikutan majoriti ibu bapa berusia lingkungan 20-an hingga 50-an memiliki telefon pintar yang memiliki akses Internet, sekali gus memudahkan anak kecil mengakses bahan lucah jika tiada pemantauan ibu bapa.

Selain itu, kebanyakan kanak-kanak di peringkat usia lima tahun didedahkan kepala penggunaan gajet seperti telefon pintar dan tablet oleh ibu bapa dengan tujuan membuatkan mereka ‘senyap’ selain mengelak berkelakuan nakal.

Menurut Azri, anak sulungnya cekap mengendalikan gajet seperti iPhone, iPad dan komputer kerana sejak kecil lagi dibiasakan dengan barangan terbabit.

“Mungkin disebabkan saya dan isteri terlalu memanjakannya dengan membeli gajet sebagai ‘permainan’ untuknya, dia bersifat agresif dan ingin tahu pelbagai perkara, termasuk yang negatif.
FotoKANAK-kanak melayari laman lucah menerusi aplikasi dalam gajet mereka.
“Saya tak sangka dia boleh memuat naik aplikasi lucah seperti koleksi gambar gadis berbikini dan menonton tarian mengghairahkan di YouTube.

“Saya tak tahu di mana dia belajar benda ini. Saya terkejut melihat gambar tidak senonoh disimpan di dalam iPad miliknya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Menurut Azri, tidak mungkin anaknya belajar mengenai perkara itu di sekolah, lebih-lebih lagi dia baru memasuki tahun dua sebuah sekolah rendah di ibu kota.

“Nak kata terpengaruh dengan rakan, mustahil juga. Lagipun, semua di dalam kelasnya sama usia dengannya. Takkan baru darjah dua sudah pandai melihat bahan lucah seperti ini? “Peredaran zaman dan kecanggihan teknologi sekarang bukan lagi mainan saya sebagai orang dewasa. Tidak sangka anak kecil berusia lapan tahun lebih bijak dalam hal ini. Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan merosakkan fikirannya.

“Syukur, saya dapat tahu mengenai perkara itu dan kini saya dan isteri mengawal penggunaan gajet terbabit. Saya tidak boleh salahkan anak yang tak tahu apa- apa. Kita sebagai ibu bapa yang patut dipersalahkan,” katanya.

Menurut Azri, ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengawal tindak-tanduk anak mereka lebih-lebih lagi berkenaan gajet dan Internet.

“Sekarang segala-galanya di hujung jari. Budak-budak akan lebih cepat mempelajari perkara ini berbanding orang dewasa. Saranan saya kepada ibu bapa, lebih baik bertindak awal sebelum keadaan menjadi lebih keruh.

“Ia sudah terjadi kepada keluarga saya dan saya menyesal kerana terlalu memanjakan anak dengan pelbagai gajet. Walaupun dari satu sudut kecanggihan teknologi ini ada baiknya, ia tetap perlu dikawal ibu bapa,” katanya.

Pemantauan wartawan Metro Ahad mendapati aplikasi mudah dimuat turun menerusi ‘gedung’ perisian aplikasi berselindung di sebalik konsep jaringan sosial dan permainan, sedangkan ia sebenarnya bertujuan mempromosi kegiatan lucah atau berkaitan seks.

Cerita Seks Melayu, Rahsia Seks, Cerita Panas Melayu, Suara Seks dan Audio Sex Chat antara yang popular dalam kalangan pengguna telefon pintar yang mendapat muat turun tinggi.

sumber