Pages

Showing posts with label terserempak. Show all posts
Showing posts with label terserempak. Show all posts

Thursday 3 July 2014

Rakaman Peminat Gila Terserempak dengan Messi dan Bintang Bolasepak Argentina Dalam Lift Hotel





Selain Messi, beberapa pemain bintang Argentina seperti, Javier Mascherano, Ricky Alvarez, Pablo Zabaleta, Gonzalo Higuain, dan Ezequiel Lavezzi, juga terdapat dalam lift tersebut.


Messi dan kawan-kawan pun hanya tersenyum takut melihat kelakuan peminat Brazil yang tak diketahui namanya itu, yang asyik menyebutkan nama-nama mereka sambil sesekali berteriak. Dalam video itu, Mascherano juga dirakam oleh kamera dalam keadaan yang mengantuk.







Peluang  itu tidak lama, kerana rombongan pemain Albiceleste itu kemudiannya terus keluar lift. Entah mungkin risau  dengan kelakuan peminat Brzail itu atau memang mereka memnag ingin keluar dari lift itu.

Apa  yang pasti ialah , peminat tersebut memang sangat beruntung mendapat  pengalaman berharga berada satu lift dengan sekumpulan bintang bolasepak dunia dari Argentina, walaupun  kesempatan itu hanya berlaku dalam beberapa saat sahaja. 




View the original article here

Tuesday 20 May 2014

Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac

Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac - Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah binti Abdul Jalil, 45, telah memuatnaik sekeping foto yang mengandungi keterangan 'Datuk Hans Isaac' menerusi laman Instagram miliknya.

Foto tersebut diambil ketika Ziela Jalil terserempak secara tidak sengaja dengan kawan rapat Neelofa itu baru-baru ini di satu tempat yang dirahsiakan.

Perkongsian berkenaan menimbulkan tanda tanya dari kalangan wartawan samada Hans Isaac kini sudah bergelar Datuk atau Ziela sekadar bergurau. Ini kerana, tiada sebarang penganugerahan pingat kebesaran yang ditujukan kepada aktor kacak itu selain gelaran kontroversi oleh Kerajaan Naning.

Hans yang dihubungi media semalam bagaimanapun tidak menjawab sebarang panggilan disebabkan beliau sedang sibuk di Singapura atas urusan kerja. Apapun, jika benar Hans Isaac sudah bergelar Datuk maka ia satu berita gembira buat peminatnya.






View the original article here