Pages

Showing posts with label zizan. Show all posts
Showing posts with label zizan. Show all posts

Thursday 3 July 2014

Zizan Tinggalkan Melodi Setelah 4 Tahun Mengacara???

Selepas empat tahun mengacara program hiburan popular, Melodi, Zizan Razak akhirnya mengundurkan diri dan tempatnya digantikan dengan pengacara wanita.




Siapakah orangnya? Haa... yang admin dapat tahu, dua nama disebut-sebut. Kemungkinan besar pengumuman mengenai Zizan bukan lagi pengacara Melodi dibuat hujung bulan ini. 





Kebetulan kontrak Zizan tamat dan tidak akan diperbaharui. Sebab musababnya pun kurang pasti tapi Sha dengar ia ada kaitan dengan bayaran tinggi yang diminta jika mahu mengekalkan pelakon dan pelawak ini sebagai hos program itu. 













Sha tak tahu sama ada harga itu diletakkan Zizan atau pengurusan barunya.





Kebetulan pula TV3 baru menyambut ulang tahun ke-30 dan mahu buat pembaharuan pada Melodi. Jadi sesuai sangat jika mereka tampilkan wajah baru sebagai hos program itu. Setakat ini dengarnya nama Awal Ashaari masih dikekalkan sebagai pengacara.





Tak mengapalah, hilang satu, ada tiga lagi projek besar menanti Zizan. Namanya disebut-sebut akan mengacarakan semua program itu. Kalau benar, meletuplah Zizan tahun ini.





Kita tengok saja nanti siapa yang akan menggantikan Zizan mengacarakan program Melodi. Kalau ada hos undangan hari ini dan beberapa minggu berikutnya, makna-nya betullah tu.





Via-MMH

View the original article here

Monday 19 May 2014

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya didedahkan

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya - Pelakon dan pelawak terkemuka, Zizan Razak mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya selepas menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini.

Bagaimanapun, berita tentang pembuburan itu masih belum muktamad memandangkan Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan.

Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan membubarkan syarikat Wireframe dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya, Emma Maembong.

Aktres jelita tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak masuk akal setelah dihubungi media.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma.

Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.




View the original article here

Friday 11 April 2014

Emma bercumbu dengan zizan razak?

http://shafiqcal.com/wp-content/uploads/2014/01/Emma-bercumbu-dengan-zizan-razak.jpg
Hangat dengan kisah pasangan pelakon Emma Maembong dan Zizan Razak yang didakwa bercumbu dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan ke Los Angeles, baru-baru ini.

Zizan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan mereka tidak pernah membuat aksi tidak senonoh tersebut.

Si gadis juga telah memberikan keterangannya dalam sebuah akhbar mengatakan dakwaan itu adalah sangat melampau dan sama sekali tidak berasas.

“Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

“Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini,” jelas aktres kacukan Melayu-Scotland ini.

Selain itu, Emma tidak menafikan dia dan Zizan ada bergurau senda tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak bercium!

Kedua-dua figura popular itu kini sedang hangat dikatakan bercinta namun sehingga kini masih belum membuat sebarang pengakuan mengenai hubungan sebenar di antara mereka.

Emma merupakan artis di bawah naungan Wire Fame Entertainment yang dimiliki oleh Zizan.

Selain Emma, artis lain yang bernaung di bawah syarikat itu ialah Kaka Azraff, Chacha Maembong dan Johan As’ari.

So, agak-agak betul ke bohong?


sumber

Thursday 10 April 2014

Gambar Cantik Leez AF4, Bekas Kekasih Zizan Razak [10 Photo]



Gambar cantik Leez AF4, bekas kekasih Zizan Razak - Jika semalam admin berkongsi beberapa keping gambar cantik dan menawan pelakon Nelydia Senrose, petang ini pula admin ingin memperkenalkan kepada korang beberapa keping gambar comel bekas kekasih Zizan Razak iaitu Leez Rosli yang juga merupakan bekas peserta AF4.

Sejak menyepi dari industri hiburan setelah putus hubungan cinta denga Zizan Razak, penyanyi lagu Itu Realiti ini kini muncul kembali dengan imej yang lebih cun, cantik dan comel. Admin yakin, ramai jejaka-jejaka di luar sana yang terpikat dengan kecantikan Leez.

Di bawah ini, admin ingin berkongsi 10 keping gambar Leez Rosli yang paling cantik dan menawan. Selepas melihat gambar-gambar bekas kekasih Zizan Razak, admin sekarang amat bersetuju dengan kenyataan bintang korea, Kim Jin Sung yang secara jujur mengaku kecantikan wajah yang dimiliki wanita Malaysia sangat asli berbanding wanita korea yang banyak melakukan pembedahan plastik.










sumber