Pages

Sunday, 6 April 2014

BAIKNYA DATIN SERI ROSMAH MEMAAFKAN SYED SAIFULLAH YG TLH MNGHINANYA DLM FB!!


Benar, sebelum ini, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah memaafkan pemilik akaun, Syed Saifullah kerana menyebarkan gambar dan berita, kononnya pesawat dinaiki bersama Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak terhempas.

Klik di sini.

Barangkali sebilangan pembaca bakal bertanya, mengapakah suspek diberkas sedangkan Rosmah telah memaafkan lelaki itu? Jawabannya, kerana laporan polis telah dibuat oleh pengadu.  

Berikut maklumat disalurkan oleh sumber berkredibiliti.

Pada kira-kira jam 12.10 malam tadi, pasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Sentul, IPD Perak Tengah dan Jenayah Berat, D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak memberkas suspek di rumahnya di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak berkaitan laporan dibuat di IPD Sentul.

Dilaporkan, wanita membuka pintu rumah, memaklumkan suspek, anaknya, tatkala itu keluar makan bersama suami. Mengikut arahan polis, wanita itu kemudian menelefon anaknya. Dalam tempoh kira-kira 20 minit, suspek tiba bersama 2 lelaki. Pengadu, pegawai kanan polis memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa polis serta bertanya ...

"Siapakah Syed Saifullah?"

Suspek, berbangsa Melayu, berstatus bujang, mengaku namanya. 

Pasukan polis merampas telefon bimbit, komputer dan pelbagai peralatan lain untuk tujuan siasatan. Suspek, masih bujang, berusia 25 tahun ditangkap mengikut Seksyen 233 CMA (Jenayah Siber) dan 505(b) Kanun Keseksaan, kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

Kini, suspek dilaporkan ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan direman hari ini. 

Sebelum ini ramai pengendali blog mendedahkan kes dianggap amat biadab itu dan memohon pihak polis berindak. Biarpun menyedari statusnya itu dikecam oleh pelbagai pihak, suspek didapati masih terus mengemaskini status di facebook.

Barangkali dia sama sekali tidak menduga, pintu rumahnya bakal diketuk dek pihak berkuasa.

Tahniah Pasukan Polis Diraja Malaysia!

Sebelum ini, Syed mencatatkan dia ahli Red Bean Army, RBA. Mungkin kita berpeluang memperolehi fakta sebenar. Lazimnya, RBA menyembunyikan identiti tetapi dia kelihatan terlalu berani tampil, menggunakan butiran diri asli.

Barangklai RBA kamikaze.

Baca laporan terperincidi blog Cucu Tok Selampit, klik di sini.

ANAK DURJANA - TIKAM LEHER IBU HINGGA MATI KERANA GAGAL BELI TELEFON PINTAR !!!

SUSPEK ..... baru berusia 18 tahun tergamak tikam ibu sendiri....

MIRI 5 April :

Gara-gara tidak menunaikan permintaannya untuk membeli sebuah telefon pintar, seorang anak sanggup menikam dan mengelar leher ibunya sendiri hingga mati.


Mayat ibu malang itu, Mariefe Wong, 42, yang merupakan warganegara Filipina ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya oleh beberapa pelajar di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di sini, kira-kira 2.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta tersebut.

Beliau berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.

“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mariefe Wong ditemui mati dalam keretanya dengan berlumuran darah.

Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam apabila tertangkapnya anak mangsa (18 tahun) yang turut berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Ericson Maheah, 17, memberitahu, dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya sejak pukul 8 pagi.

Ujarnya, ketika itu dia tidak mempedulikan mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks Tenis sering dikunjungi orang ramai.

“Selepas tamat latihan tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama. Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis.

sumber

GEMPAR !! Noraniza Idris Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama 80 Hari

noraniza idris dipenjara
GEMPAR !! Noraniza Idris Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama 80 Hari  |  Siapa tak kenal Noraniza Idris ratu lagu-lagu berirama etnik itu. Saya juga meminati lagu-lagunya kerana bukan senang nak cari seorang penyanyi yang berani mengetengahkan irama tradisional-pop yang masih digemari hingga kini. Penyanyi ini boleh dianggap penyanyi evergreen sebaris dengan Jamal Abdillah, M.Nasir dan lain-lain kerana walau dah berpuluh tahun berkecimpung di bidang seni masih popular hingga sekarang..
Oleh itu terkejut beruk juga saya membaca tajuk berita di UtusanOnline hari ni. Mana tak terkejut, Noraniza Idris mengikut berita itu menangis terisak-isak selepas dihukum penjara selama 80 hari oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. Apa salahnya hingga dipenjara??
SHAH ALAM 4 Okt. – Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu.
Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang.
Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.
Kah kah kah kah! …tersilap orang rupanya!! Noraniza Idris penyanyi lagu berirama etnik tu dah berusia 44 tahun, tapi yang dihukum penjara 80 bulan ni baru saja berusia 25 tahun.
Ejaan Nama memang sama tetapi dari segi fizikal nya tidak sama sekali.
Siapa pun yang bernama Noraniza Idris itu diharap dia dapat menjalani ujian hidup ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran…

sumber

KAPAL HAIXUN BERJAYA KESAN GETARAN KOTAK HITAM MILIK #MH370 ???


Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.


Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan  berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.



"Denyutan yang dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi," kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dalam akaun microblog mereka.

Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370.

"Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yang kemudian menjadi sesuatu yang mengecewakan," katanya kepada televisyen ABC.

"Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yang positif kerana ini adalah tugas yang sangat sukar."

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.