Pages

Friday, 11 April 2014

“Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri” – Mawar Abdul Karim

Nampaknya, isu rampasan tudung fareeda tiruan semakin panas apabila rata-rata pegguna laman sosial menganggap tindakan tersebut sebagai kejam dan menjejaskan sumber rezeki peniaga lain.

Selain itu, pengguna-pengguna laman sosial juga mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli. Salah seorang peminat tudung fareeda iaitu Nurkamisah Sharil telah memuatnaik satu komen di facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan fareeda menghasilkan tudung yang murah.

Cadangan itu bagaimanapun telah dibidas oleh Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar dengan mengatakan kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri. Kata Mawar lagi, fareeda juga turut menjual scarves yang murah di mana harganya di bawah RM100.



 

SAYANG SERIBU KALI SAYANG!!! Akhirnya Ke Lokap Jua.....

Aduhai.... Sayangnya harapkan muka aje yang comel molek, tapi mulut dan hati busuk!!!
Kalau dah buat salah, akui dan terima saje akibatnya. Tak perlu la menuding jari dan mempertikaikan kerja orang lain. Apatah lagi untuk menghina dan memburuk-burukkan pekerjaan orang lain.
Takkan la dah lupa kepada slogan " SAYA YANG MENURUT PERINTAH?"
Tahu tak menghina polis atau mana-mana pegawai kerajaan ketika mereka menjalankan tugas adalah satu kesalahan?
Takkan polis trafik tak boleh jalankan kerja dan keluarkan saman bila sesuatu kesalahan dilakukan?Apakah semua polis trafik rasuah? Adakah kerjanya hanya menahan orang tanpa sebab dan memeras ugut untuk dapatkan wang untuk elakkan saman tanpa sebab?
Kalau tak salah kenapa perlu takut? Tak perlu lah marah-marah kalau saman dikenakan kalau benar-benar melakukan kesalahan. Polis pun hanya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Mereka juga manusia dan punya hati dan perasaan. Jadi, fikirlah dulu sebelum suka-suka nak maki dan menuduh yang bukan-bukan.
Butir Peribadi (Ada yang tidak dikongsikan di sini)
NORITA SALAMAH BINTI ZAMAN,
28 THN,
PEMBANTU ANTIDADAH, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) 
BEAUFORT, SABAH
HANDPHONE SAMSUNG S4 DAN PERALATAN KOMPUTER DELL
Hmm.....cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar......

Biodata Nurul Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali

 Sepanjang minggu ini, isu Nurul Shuhada dicabul pensyarah kanan UiTM Arau hangat diperkatakan di laman-laman sosial dan blog-blog tempatan terutamanya selepas pelajar itu membuat laporan polis.

Salinan laporan polis beliau tersebut mula tersebar semalam di mana nama Prof Izzi Haji Ali tertera di dalamnya sebagai individu yang didakwa melakukan perbuatan cabul terbabit. Melalui laman twitter Nurul Shuhada, beliau memberitahu tidak akan memaafkan pensyarah matematiknya.

Di sebalik nama Nurul Shuhada, identiti pelajar ini pasti menjadi tanda tanya orang ramai. Di sini, penulis sediakan ringkasan biodata Nurul Shuhada, pelajar UiTM yang cantik dan jelita.


sumber

Thursday, 10 April 2014

6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita

Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.
4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.