Pages

Monday, 21 April 2014

Lagi 2 Foto Pengacara TV Yang Memalukan Tersebar



Kadang-kadang kami rasa cam tertipu plak ye. Betul jugak kata orang, ” Dont judge a book by it cover ” .. tapi bidalan ni selalunya menyeru kita supaya tidak memikirkan yang buruk-buruk mengenai seseorang. Tapi bidalan ni juga kadang-kala menyebabkan kita menyilap tafsir kepada seseorang yang dikaca tv pijak semut pon tak mati.. Punye la sopan santun.. kalau keluar kat MHI atau Medik TV tu, abis semua mak nenek kat Malaysia ni mengidam nak jadikan menantu.. tapi lepas nengok gambar-gambar yang kami akan dedahkan ni, pastinya mak nenek di Malaysia ni akan menganggap mimpi ngeri je la jadikan that girl menantu.. Hoh!! Hipokrit sungguh!! buat topic khas dalam rancangan Sensasi kat TV3 bagus ni. Kasi hentam personality satu bumbung!! Hehe..

Lagi GAMBAR?...

Foto Pengacara TV Yang Memalukan Tersebar



Foto Pengacara TV Yang Memalukan Tersebar 

Gambar terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob

Gambar terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob - Mari layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi. 

Usia isterinya masih muda iaitu 26 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh Salleh Yaakob ye.


 

Anda Pasti Terkejut Baca Kisah Sebenar Pasangan Tahanan Sweden Ini

Pasti ramai dalam kalangan kita yang sedia maklum dengan berita yang menggemparkan iaitu mengenai sepasangan suami dan isteri yang ditangkap di Sweden atas tuduhan memukul anak-anak mereka yang tidak mendirikan solat.

Walaupun mahkamah di Sweden sudahpun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman keatas kedua-dua pasangan ini, tetapi masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih blur dan tidak tahu kisah sebenar mengenai mereka berdua ini.

Jadi kali ini kami kongsikan satu kisah panjang yang menceritakan kisah benar mengenai kedua-dua pasangan dari Malaysia ini.



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..


Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..

Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah ” abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza..”


Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas – siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..



Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya’ dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan “Miss Shal” semasa di Sekolah Seri Putri..


Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..

Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang..

Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih..

sumber 

Lelaki bertuala ke rumah MB Selangor untuk mandi



Kira-kira jam 3.30 petang smlm, saya dihubungi oleh lelaki berusia 28 tahun.

"Saya terbaca status facebook encik Mazidul mengenai cadangan untuk rakyat mandi di rumah Menteri Besar, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Jomlah!," pelawanya.

Lalu saya bergegas ke Shah Alam untuk menyaksikan tindakan nekad pekerja syarikat swasta itu. Jam 3.55 petang, dia tercegat di luar pintu utama kediaman rasmi MB negeri terkaya di Malaysia itu.

Selamba dia menyapa anggota polis bertugas di situ.

"Berapakah bilangan anggota polis berkawal?," soal saya.

"Dua orang. Seorang berdiri di luar pondok kawalan, tidak berseragam dan seorang lagi di dalam, lengkap berseragam," ujarnya.



"Berbualkah dengan mereka?," tanya saya lagi.

"Melihat saya memegang tuala, reaksi mereka sedikit hairan. Saya kemudian meminta izin untuk merakamkan gambar di sekitar kawasan luar rumah MB. Dalam pada itu, sempat juga saya bertanya, di sini (kediaman MB) ada bekalan air?," katanya.

"Apakah respon polis itu?," soal saya spontan.

"Katanya, ada. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Masakan rumah MB, bekalan air dicatu," balasnya.

Dia terdiam buat seketika.

"Kalau dimohon kebenaran tadi, tiba-tiba saya dibenarkan untuk mandi di rumah MB, khuatir pula terlalu ramai rakyat negeri Selangor, hidup terseksa akibat catuan air tidak mengikut jadual, berduyun-duyun membawa tuala dan sabun, datang ke sini untuk mandi. Boleh juga mereka tengok, jumlah bilik air di kediaman Tan Sri Khalid," jelasnya.

"Apa salahnya, jika rakyat dalam kesusahan menumpang seketika, menikmati kemudahan asas di rumah pemimpin mereka. Lagipun MB sendiri mengarahkan bekalan air dicatu di seluruh Selangor. Sedangkan bekalan air ke rumah dia, tiada gangguan langsung. Lazimnya, susah senang, pemimpin sejati tetap bersama rakyat," celah saya.

Lelaki bujang menetap di Klang itu kemudian kelihatan terus menyandang tuala dan berdiri pegun, merenung papan tanda di sebelah kiri pintu masuk.

"Mudah sungguh MB dan ahli keluarga mandi, berak dan kencing. Rakyat seperti saya menderita, kena kencing. Di kawasan rumah saya, kononnya, bekalan air dicatu dua hari dan disalurkan semula dua hari kemudian. Kononnyalah tetapi kejadian itu tidak berlaku. Sukar orang bujang seperti saya untuk membasuh pakaian. Berak pun leceh sebab saya beragama Islam, punggung tidak boleh dibersihkan mengguna kertas tisu gulung sahaja. Masakan hendak bertemu teman wanita tanpa membasuh berak dengan air dan tidak mandi, busuk," ujarnya kesal.



Saya tersenyum.

"Kalau MB terkini mewakili UMNO-Barisan Nasional, BN, sudah pasti ribuan penyokong Pakatan Rakyat berpiket berulang kali, terpekik terlolong di sini. Penyokong UMNO-BN tidak bertelur, terlalu bersabar menanti, diam menikus, biarpun mereka sendiri merana berikutan kegagalan pemimpin Parti Keadilan Rakyat menguruskan bekalan air. Air, kemudahan asas, bukan kemudahan alternatif seperti sport rims kereta. Saya setuju benar dengan cadangan bernas encik Mazidul, jika catuan air masih berterusan, rakyat tertekan harus datang mandi di rumah MB. Bukan mandi dengan MB. Ikut giliranlah. Maka kediaman rasmi Tan Sri Khalid ini akan sentiasa meriah," komennya lagi.

Dia mengelap peluh di dahi sebelum berlalu pergi. Itulah antara luahan hati seorang daripada penduduk negeri Selangor

sumber