Pages

Tuesday, 20 May 2014

Luahan marah Maira, anak ketua pramugara kepada pengarah filem MH370

Luahan marah Maira, anak ketua pramugara kepada pengarah filem MH370 - Selepas 75 hari berlalu sejak kehilangan pesawat MH730 pada 8 Mac lalu, sebuah filem berkisarkan tragedi MH370 telah mula dihasilkan.

Dengan mengambil judul The Vanishing Act di bawah arahan Rupesh Raul, filem itu dilaporkan akan mula ditayangkan menjelang September depan dan kini ia sedang giat dipromosikan di Festival Filem Cannes yang bakal berakhir pada 25 Mei ini.

Pembikinan filem tersebut mendapat perhatian Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara MAS, Andrew Nari. Beliau nyata tersinggung dan kecewa dengan perkara berkenaan. Oleh itu, Maira telah membuat luahan marah berbentuk kecaman yang dikongsikan di akaun twitter peribadinya. Mari baca apa yang dikatakan anak gadis ini di bawah.






View the original article here

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan - Dalam kesibukan Shila Amzah memenuhi banyak undangan menyanyi di China, bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu rupanya telah mempunyai seorang adik angkat yang comel di sana.

Sekeping foto wajah sebenar adik angkatnya telah dikongsikan Shila di laman Instagram untuk tatapan peminat dengan disertakan caption berbunyi "Me and my mini shila for a new show in china :) ??????????? #onlyinchina #shilalas." Jom tengok di bawah kalau korang berminat.







View the original article here

Punca wanita bogel berkeliaran Jalan Pondok Upeh, Pulau Pinang didedahkan

Punca wanita bogel berkeliaran Jalan Pondok Upeh, Pulau Pinang didedahkan - Susulan penyebaran beberapa keping gambar seorang wanita dalam keadaan bogel berkeliaran di tengah Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam, ia kemudian menjadi viral di laman sosial.



Ramai menyangka kejadian pelik itu berlaku di Jalan Kunak-Tawau, Sabah namun hakikatnya ia berlaku di negeri Pulau Pinang kira-kira jam 8.45 pagi semalam.



Bagaimanapun, wanita terbabit sudah ditahan oleh pihak berkuasa dan dihantar ke Hospital Jalan Perak untuk rawatan dan tindakan lanjut, manakala ahli keluarga mangsa juga turut telah dihubungi.



Mengikut hasil siasatan pihak berkuasa mendapati wanita tersebut sebenarnya merayau-rayau di jalan berkenaan tanpa sebarang pengenalan diri dan dipercayai kurang waras atau tidak siuman.






View the original article here

(Tahniah) Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan

Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan - Pelakon dan pengacara terkenal, Liyana Jasmay selamat bersalin dan melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram kira-kira jam 7.40 malam Isnin di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada Liyana, Datin Habsah Simpon yang dihubungi Utusan malaysia sebentar tadi memberitahu, kedua-dua ibu dan bayinya berada dalam keadaan stabil dan selamat. Untuk pengetahuan, Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin Mazlan berkahwin pada 2 Februari tahun lalu.




View the original article here