Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah : Orang yang murtad lalu menzahirkannya
atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak,
media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya,
maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh
dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.[6]
Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:[7]
Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk
Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang
yang asalnya Islam, kemudian murtad.
Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai
diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di
lehernya.
Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil
setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim
hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat:[8]
Dalam pandangan saya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas
yang disampaikan secara terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang yang murtad. Dan
ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau
hakim) berpendapat untuk menundakan (hukuman) dan menilai permintaan
taubat terhadap orang yang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang
memiliki maslahat, maka hal itu boleh dilakukan, sesuai dengan perbuatan
para sahabat yang (sememangnya) terpercaya.
Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Kemudian jika
mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka
biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. [al-Taubah 9:05]
Saya turut bersetuju dengan kesimpulan di atas. Dalam suasana banyaknya
fitnah kepada Islam pada akhir zaman ini, sama ada dari kalangan umat
Islam sendiri atau dari kalangan bukan Islam, adalah dianjurkan agar
hakim menunda hukuman untuk tempoh yang tertentu agar orang yang
menzahirkan tindakan murtadnya diberi kaunseling dan diajak untuk
bertaubat.
Jika dirujuk kepada hukuman para tokoh al-Salaf al-Shalih
rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam
menundakan hukuman.[9] Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta,
ada yang menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya.
Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes
yang berbeza-beza. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan bahawa sekali pun
mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh
tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan bertaubat atau tidak
menunjukkan harapan untuk bertaubat.
Dan jika mengikut Hadith sahih , ada tiga perkara yang menghalalkan darah Umat Islam dilalirkan jatuh kemuka Bumi ini ,
1. Murtad dan Tanpa sesal malah berbangga bila Murtad itu
2. Bermukah dengan Isteri orang lain
3. Hutang darah dibayar darah
Saya sokong hudud , jika tidak dibuat Begini Akan ramai lagi Umat Islam
yang Bakal tidak hormat dan patuh kepada Islam ... Keluar masuk sesuka
hati ..
Hari ini jika ada Melayu yang Cuba Murtad tidak Dibenarkan malah Akan Di
kaunseling dulu kita nak tahu kenapa mereka ini nak Murtad ... Sehingga
hari ini kita Umat Islam yang berbangsa Melayu Di malaysia tidak pernah
ada Surat beranak Atau IC yang tulis Bangsa : Melayu .... Agama : lain
lain . Allahuakbar
sumber