Pages

Sunday, 25 May 2014

Mereka Cantik Namun Dilatih Seperti Tentera Untuk Jadi Bodyguard Wanita














Jika menyebut bodyguard, maka yang terbayang adalah lelaki-lelaki macho memakai kacamata hitam dan pakaian hitam di sekitar orang terkenal, ahli perniagaan kaya atau orang ternama. Namun seiring berkembangnya masa, makin banyak ahli perniagaan wanita yang ingin dijaga bodyguard wanita. Maka semakin banyak juga wanita-wanita cantik perkasa dilatih sebagai bodyguard.

Mari terbang ke China dan melihat bagaimana latihan para bodyguard perempuan. Sejak tahun 2011 jumlah permintaan akan bodyguard perempuan terus bertambah. Kenaikan itu seiring dengan bertambahnya jumlah usahawan wanita. Sebagai pengusaha kaya, keselamatan mereka seringkali jadi taruhan. Maka mereka memilih dijaga oleh bodyguard wanita agar lebih selesa, namun tentu saja, dengan keselamatan maksimum seperti jika dijaga bodyguard lelaki.

Walaupun para wanita dikenali sebagai makhluk yang lembut, apabila sudah memutuskan hendak menjadi bodyguard, mereka harus meninggalkan semua kelembutan itu semasa berlatih dan bertugas. Foto-foto yang beredar memperlihatkan kekerasan latihan mereka. Para calon bodyguard lelaki dan wanita melalui latihan yang sama, mulai dari bela diri, pertahanan, melindungi orang yang mereka jaga, hingga tidak boleh mengeluh semasa botol kaca dihantamkan di kepala mereka.


















Wanita-wanita cantik ini tidak hanya dilatih untuk kuat, tetapi untuk menghadapi pelbagai situasi. Mereka boleh saja berhadapan dengan orang yang mengacukan pistol, mengatasi kes penculikan orang yang harus mereka Menjamin dan bertindak untu keselamatan lain.

Bagi sebahagian orang, latihan-latihan ini kelihatan mengerikan. Namun para calon bodyguard perempuan tahu benar bahawa ini adalah tanggung jawab mereka. Di antara sesi latihan, mereka tetap memberikan senyuman optimis dalam beberapa foto. Salut untuk mereka semua, kerana tidak banyak wanita yang sanggup melalui latihan yang sangat keras ini.






DENDA RM1,000 ATAU PENJARA SEBULAN JIKA GUNA CERMIN GELAP TANPA KEBENARAN

 
Memasang dan menggunakan kaca gelap tanpa kelulusan adalah kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.


Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman:


Denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih dua minggu untuk kesalahan kali pertama.

Denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih satu bulan atau kedua-duanya kesalahan kali kedua dan berikutnya.


Harus diingatkan, pihak berkuasa akan menjalankan Operasi Cermin Gelap dan Nombor Plat yang tidak mengikut spesifikasi mulai 16 Jun.

Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain

Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain - Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.

Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain.

Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.




 
 

Saturday, 24 May 2014

Pelajar 14 Tahun Serah Tubuh ,Takut Ditinggal Kekasih

Gambar Sekadar Hiasan


HULU SELANGOR: Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan ‘mahkota’ dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di sini, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya.
Menurut sumber, ketika dalam perjalanan berlaku pertengkaran menyebabkan teman lelaki mangsa mengugut untuk memutuskan hubungan mereka.
“Mangsa yang tidak mahu hubungan mereka berakhir cuba memujuk teman lelakinya sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu.
“Sebaik tiba di rumah, mangsa diajak masuk ke dalam bilik,” katanya.
Beliau berkata, mangsa hanya membiarkan teman lelakinya itu merogolnya.
Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa pelajar lelaki itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Sumber berkata, mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum keesokannya mangsa yang berasa tidak selesa menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya.
Berikutan itu, rakan mangsa yang ‘seronok’ mendengar pengakuan itu menceritakan semula kejadian itu kepada ibunya.
“Ibu rakan mangsa yang terkejut dengan cerita itu berjumpa ibu mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.