Pages

Wednesday, 3 September 2014

Kepala Ke Belakang Bukan Alasan Untuk Tidak Berjaya Dalam Hidup



BRAZIL – Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbalik.

Sebaliknya, dia belajar berdikari dan menafikan kecacatan berkenaan untuk berjaya. Claudio kini menjadi akauntan dan penceramah motivasi.

Tiada siapa yang menyangka bahawa dia dapat hidup hingga sekarang sedangkan ketika dilahirkan doktor sendiri ragu-ragu sama ada Claudio mampu bertahan.

Malah ada jiran tetangga keluarganya yang menyuruh ibunya, Maria Jose supaya membiarkan Claudio yang masih bayi ketika itu supaya kebuluran, kerana menyangka Claudio tidak akan hidup lama.


“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

“Saya belajar  untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.

Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.

Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.

Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.

View the original article here

2 Gambar Terbaru Rebecca Nur Islam Pakai Seluar Legging Ketat

2 Gambar Terbaru Rebecca Nur Islam Pakai Seluar Legging Ketat - Rebecca Nur Islam buat hal lagi apabila memuat naik gambar terbarunya memakai seluar ketat legging di akaun Instagram sekaligus mencetuskan kontroversi dikalangan peminatnya.
Seorang pengomen berkata "mnutup aurat bkn hnya memakai tudung & biarlah smpurna kain yg di meliputi tubuh".
Apapun, Rebecca tetap kelihatan anggun pada pandangan penulis. Apa pula komen anda? -,

5 Gambar Aksi Pasangan Yang Agak Melampau!

Romantiknya! pasangan ini dilihat selamba je berpeluk dan bercium dikhalayak orang ramai ketika bersiar-siar.
Bersangka baik ya... mungkin pasangan ini baru je berkhawin, dan cuba nak tunjukkan aksi romantik. Mungkin perkara biasa bagi mereka.
Apapun, kepada pasangan diluar sana, berhati-hatilah kerana gerak-geri anda sentiasa diperhati oleh orang ramai. 

LEEZ AF Bakal Berkahwin 6 Bulan Lagi

Wow. Makin cantik pula Abang Nara tengok Leez AF ini. Makin berseri-seri wajahnya. Mungkin ini adalah seri seorang bakal pengantin. Kalau ada yang terasa nak mengorat Leez, sila lupakan hasrat anda. Leez telah pun bertunang dengan Aepul dari kumpulan Drama Band dan bakal bergelar seorang isteri dalam tempoh 6 bulan lagi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.






Leez dan Aepul memang sama cantik dan sama padan. Suka Abang Nara melihat gambar ‘sweet’ mereka berdua. Kata Leez mengenai perancangan perkahwinan mereka berdua:-
Perancangan untuk berkahwin itu sudah ada. Lagipun tidak elok melengahkan majlis perkahwinan kerana itu yang wajib dilakukan. Jika tiada aral melintang kami akan menamatkan zaman bujang kira-kira enam bulan dari sekarang. Saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar buat Leez dan Aepul. Tak sabar nak melihat mereka berdua di atas jinjang pelamin kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Leez dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Leez AF.