Pages

Showing posts with label berjaya. Show all posts
Showing posts with label berjaya. Show all posts

Wednesday 3 September 2014

Kepala Ke Belakang Bukan Alasan Untuk Tidak Berjaya Dalam Hidup



BRAZIL – Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbalik.

Sebaliknya, dia belajar berdikari dan menafikan kecacatan berkenaan untuk berjaya. Claudio kini menjadi akauntan dan penceramah motivasi.

Tiada siapa yang menyangka bahawa dia dapat hidup hingga sekarang sedangkan ketika dilahirkan doktor sendiri ragu-ragu sama ada Claudio mampu bertahan.

Malah ada jiran tetangga keluarganya yang menyuruh ibunya, Maria Jose supaya membiarkan Claudio yang masih bayi ketika itu supaya kebuluran, kerana menyangka Claudio tidak akan hidup lama.


“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

“Saya belajar  untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.

Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.

Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.

Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.

View the original article here

Friday 25 July 2014

Nabi Palsu di Indonesia Berjaya Tiduri Wanita Untuk Menghapuskan Dosa

Polis menangkap seorang lelaki yang mengaku diri sebagai nabi dan menipu pengikutnya dengan meminta harta serta membolehkan dia meniduri isteri para pengikutnya.

Lelaki 48 tahun bernama Bantil yang berkerja sebagai guru agama itu mempunyai kira-kira 50 pengikut yang tinggal dalam kampung mereka dalam Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur, Indonesia. Para pengikutnya memanggilnya Syekh Muhammad dan dia mengaku sebagai Nabi, walaupun disebutkan ajarannya menyimpang dari nilai-nilai Islam.

Seperti dipetik The Jakarta Globe pada Khamis 13/12 lalu mengatakan, para pengikut mengaku diminta menyerahkan wang kepada Bantil si nabi palsu maka dosa-dosa para pengikutnya akan diampuni. Jika pengikutnya tidak punya wang, maka Bantil harus dibenarkan meniduri isteri para pengikutnya agar dosa mereka boleh diampunkan.

"Kami menangkapnya selepas menerima laporan daripada penduduk," kata Budi. "Setakat ini hanya satu orang yang dilaporkan ditipu oleh pelaku (Bantil) dengan memberikan 170 juta rupiah bagi membersihkan dosa-dosanya. Kami mengesyaki puluhan isteri para pengikutnya sudah ditiduri Bantil bagi menghapuskan dosanya. Kami masih menyiasat perkara itu," jelas Budi.

Budi juga menjelaskan polis telah mengumpulkan beberapa alat bukti termasuk peranti bagi ritual seperti serban, boneka, kayu azimat, wang kertas dan tanda terima atau nota bayaran daripada pengikutnya.

Bantil sendiri telah mengaku meniduri isteri puluhan pengikutnya dengan alasan "membersihkan dosa-dosa mereka". Polis juga mengesyaki Bantil menyihir para mangsanya.

Polis mengaku telah berunding dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama tentang sekte Bantil, dan kedua-dua badan agama itu menyatakan kepada polis bahawa ajaran Bantil telah melencong dari Islam.
Polis juga telah berbincang apakah Bantil juga akan disabit dengan kesalahan penodaan agama.

Bantil dijelaskan memulakan ajaran menyimpangnya pada tahun 2006. Untuk mengaburi para penduduk tempatan ia mendirikan sebuah desa khusus bagi pengikutnya. Pada 2008, seorang warga sudah menyatakan menentang adanya nabi palsu dalam desa tersebut, namun polis tidak dapat menangkapnya kerana kurang bukti.

Sumber

View the original article here

Tuesday 22 July 2014

Berjaya rakam visual ‘toyol’



  • Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit melalui lubang kecil pada dinding kayu yang reput.Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit melalui lubang kecil pada dinding kayu yang reput.

 1 / 1 

PETALING JAYA -  Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan  dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu.

“Kanak-kanak itu mengaku  masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya.

Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini.

“Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu.

“Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang digantung di dalam bilik lesap dan kejadian itu disedari ketika saya bangun waktu pagi.

“Anehnya tiada kesan rumah dipecah masuk, tapi ada saksi yang nampak kelibat kanak-kanak merayau di sekitar rumah saya pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Damansara.



Sumber : Sinar

View the original article here

Wednesday 19 March 2014

(UPDATE) 2 Gambar satelit pesawat berjaya ditemui pakar IT bukan MH370

type='html'>NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.


Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Anoop Madhav Yeggina

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Lihat disini Gambar keseluruhan Peta Lokasi 

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluannya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi.-Bernama


UPDATE:

Imej pesawat yang ditemui Pakar IT India bukan merujuk kepada pesawat MH370 yang hilang. Syarikat yang memiliki servis peta satelit itu mengesahkan data yang digunakan adalah berdasarkan data yang lama iaitu pada 2012.


Ketua Saintis Mapbox Bruno Sánchez-Andrade Nuno melalui Twitter turut mengesahkan perkara itu. Walaubagaimanapun, gambar itu memang seakan pesawat jumbo MH370.

*Terima kasih buat Anoop atas usaha beliau mengesan pesawat MH370.


View the original article here