Pages

Showing posts with label ditemui. Show all posts
Showing posts with label ditemui. Show all posts

Friday 3 October 2014

Bebola Rambut Seberat 4kg Ditemui Dalam Perut Remaja Perempuan

Kyrgyzstan: Bebola rambut seberat 4 kilogram telah dijumpai di dalam perut seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva, 18 sekaligus menjawab mengapa dia tidak boleh minum dan makan.

Bebola Rambut Seberat 4kg Ditemui Dalam Perut Remaja Perempuan

Baca Selengkapnya »

View the original article here

Friday 5 September 2014

Gambar Alat Perangsang Se*s Milik Pasangan Lesbian IPTA Ditemui



Johor Bahru: Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan Iesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang s#ks bentuk kemaIuan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).

Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa alat suIit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.

Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa, salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas ranjangg.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.

Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz, pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.

Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi. -Hmetro

View the original article here

Thursday 10 April 2014

MH370: Kotak Hitam Pesawat MH370 Telah Ditemui??!!



PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.

Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

VIDEO: REKOD FREKUENSI YANG DIREKODKAN (DURASI 15 SAAT)

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.

"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.

Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.

Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.

Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.

Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).

Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama


sumber 

Friday 21 March 2014

TERKINI: Akhirnya 2 Objek Berkaitan #MH370 Ditemui Dedah PM Australia

type='html'>

Kisahnya begini.

1. Mula2 pakar imej satelit lakukan pencarian menerusi satelit dan akhirnya berhasil menemukan imej yang diyakini ada kaitan dengan MH370.

2.Maklumat awal tersebut tidak didedahkan kepada public.

3. Kemudian maklumat itu diserahkan kepada Maritim Australia yang bertanggungjawab mencari di sekitar Selatan Lautan Hindi.

4. Kemudian mereka sekarang sedang mencari dua objek yang diyakini ada kaitan dengan pesawat MH370.

5. Perkara ini diumumkan oleh PM Australia di satu sidang khas mengenai MH370 di parlimen negara itu.

Harap2 selepas objek tersebut ditemui ia didedahkan kepada pengetahuan umum. Dan harap2 berita kali ini adalah benar la. Bukan lagi berdasarkan andaian dan spekulasi semata2. Rakyat sudah boring. Bukan hanya di Malaysia bahkan 1 dunia. 

Baca ;

Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.

Menurut laporan AFP, pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan. Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti." katanya di Parlimen negara itu.

 The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia dijangka mengadakan sebuah sidang media pada pukul 12.30 petang waktu Malaysia.


Sumber Asal: sozcyili


View the original article here

Thursday 20 March 2014

Dua pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui mati petang tadi

type='html'>Dua daripada empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang di Gunung Bubu, Ulu Kenas sejak semalam ditemui mati petang tadi.



Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Mat Rabawi Abdul Jalil, mayat Adam Asyraf Azuaan dan Mohamad Amir Asyraf ditemui di dalam sebatang sungai di gunung berkenaan kira-kira jam 3.20 petang tadi.





Manakala, dua lagi pelajar iaitu Mohamad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohamad Fitri ditemui selamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Mereka kini sedang dirawat di Hospital Kuala Kangsar sebagai pesakit luar.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Wednesday 19 March 2014

(UPDATE) 2 Gambar satelit pesawat berjaya ditemui pakar IT bukan MH370

type='html'>NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.


Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Anoop Madhav Yeggina

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Lihat disini Gambar keseluruhan Peta Lokasi 

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluannya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi.-Bernama


UPDATE:

Imej pesawat yang ditemui Pakar IT India bukan merujuk kepada pesawat MH370 yang hilang. Syarikat yang memiliki servis peta satelit itu mengesahkan data yang digunakan adalah berdasarkan data yang lama iaitu pada 2012.


Ketua Saintis Mapbox Bruno Sánchez-Andrade Nuno melalui Twitter turut mengesahkan perkara itu. Walaubagaimanapun, gambar itu memang seakan pesawat jumbo MH370.

*Terima kasih buat Anoop atas usaha beliau mengesan pesawat MH370.


View the original article here