Pages

Friday, 5 September 2014

Inilah Akibat Kalau Mencangkung Atas Mangkuk Tandas Duduk

BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan akibat tindakan duduk mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk.
Dalam kejadian yang berlaku di Brazil, seorang wanita cedera parah di bahagian belakangnya selepas terkena serpihan mangkuk tandas seramik yang pecah.
Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, jelas terlihat kesan darah yang begitu banyak di lantai tandas serta kesan luka besar yang dialaminya akibat kejadian itu.
brazil
Semoga ia dapat dijadikan iktibar oleh mereka yang gemar duduk mencangkung di atas mangkuk tandas duduk dengan alasan ‘geli’.
Jangan lupa, orang lain pun geli juga melihat kesan tapak kasut anda di sekeliling mangkuk tandas itu ya!

Thursday, 4 September 2014

Wanita Ini Lahirkan Bayi Dalam Bas Ekspress


Seorang warga Indonesia melahirkan bayinya di dalam sebuah bas eskspres gara-gara tidak sempat sampai ke klinik. Dia dilaporkan dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Pontianak, Indonesia, kelmarin, lapor Borneo Post.

Keadaan Sumarni Abakar, 32, yang dalam kesakitan disedari oleh penumpang disebelahnya yang kemudian memaklumkan kepada pemandu bas untuk menuju ke klinik terdekat.

Bagaimanapun, kerana tidak sempat ke klinik, Sumarni akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki di dalam bas tersebut, dibantu oleh seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Latifah Sharudi pada pukul 7.55 malam.

Bagaimanapun, Sumarni akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki dengan bantuan seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Latifah Sharudi pada jam 7.55 malam.
View the original article here

6 Gambar Selfie Yang Tidak Kena Pada Waktunya

Kegilaan untuk menangkap gambar pada situasi apa pun telah menjadi satu perkara yang semakin menjadi-jadi, apatah lagi dengan kemudahan kamera pada telefon pintar.

Walaubagaimanapun, bukan semua foto yang diambil kelihatan cantik dan ada yang kelihatan agak tidak bersesuaian dengan tempat.

Berikut adalah foto selfie yang diambil tidak kena pada waktunya:















View the original article here

Suami Paksa Isteri Buat Hubungan Seks Dengan Pekerja Bangla



AKIBAT tidak tahan menjadi mangsa kerakusan seks suaminya sendiri, seorang wanita yang sarat mengandung telah membuat laporan polis mengatakan dirinya dipaksa suami untuk melakukan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Ali Ahmad menyatakan wanita berusia 27 tahun itu telah melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya, mengatakannya membawa balik seorang pekerja Bangladesh untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya.

“Takut dengan permintaan suaminya itu, wanita tersebut telah meninggalkan rumah dan meminta pertolongan daripada pihak polis,” katanya memetik The Star.

Ini bukan kali pertama suaminya memaksa mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Nizam.


“Dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan Nizam sebanyak tiga kali sebelum ini.
“Wanita itu sedang sarat hamil tujuh bulan semasa dipaksa suaminya melakukan hubungan seks dengan Nizam pada Julai lalu,” katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya lebih mudah teransang jika melihatnya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Dia turut menambah suaminya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada Nizam kerana menidurinya.
Wanita itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. -
View the original article here