Pages

Saturday, 25 October 2014

7 Gambar sekitar majlis pra-pertunangan Sharifah Sakinah & Aliff Adha

Tahniah buat pelakon gila-gila, Sharifah Sakinah, 25, yang bakal melangsungkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hati, Aliff Adha Jamil, 26, hari ini.
Untuk info, Aliff Adha bekerja sebagai juruterbang sejak Januari tahun ini. Bagi majlis pernikahan pula, ia akan berlangsung pada 28 Mav 2015.
Jom layan 7 keping gambar persiapan majlis pertunangan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha Jamil yang dijangka akan bermula sekitar pagi ini.






Malang Berganda, Gadis Dirogolll Selepas Kemalangan Jalan Raya!


Malang Berganda, Gadis Dirogolll Selepas Kemalangan Jalan Raya! - Seorang gadis berusia 22 ditimpa nasib malang berganda apabila bukan saja motosikalnya dilanggar, malah dia dirogollll pemandu kereta yang melanggar motosikalnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, mangsa yang menetap di Kampung Air Hitam, Changkat Jong, dalam perjalanan ke rumahnya selepas tamat kerja.

Dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menyebabkan mangsa patah tangan kirinya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sejurus kemalangan, suspek keluar dari kenderaannya dan memapah mangsa ke dalam keretanya sebelum merogollll gadis berkenaan.

Beliau berkata, ketika itu mangsa mendakwa berada dalam keadaan lemah, tetapi masih mampu mengingati dirinya dirogollll suspek.

Goh berkata, sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya, suspek berpura-pura sudah jatuh cinta dengan mangsa dan ingin meneruskan hubungan dengan lebih serius.

“Suspek memberikan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan menghantarnya pulang ke rumah. Suspek juga meminta mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas suspek beredar dari rumah, mangsa memaklumkan dirinya dirogollll sebelum keluarganya membuat satu laporan di Balai Polis Langkap.

Goh berkata, pasukan polis menyerbu rumah suspek di Sungai Manik sejam kemudian, namun gagal menemui suspek.

“Kami menghubungi suspek menerusi telefon bimbitnya iaitu nombor yang diberikan mangsa dan memintanya melaporkan diri di Balai Polis Langkap.

“Suspek berusia 31 tahun itu akhirnya menyerah diri di balai polis itu pada malam kejadian sebelum ditahan reman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”

18 Rahsia Bentuk Hidung Pada Wanita



Hidung Panjang 

- Jika anda memiliki bentuk hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Selain itu, anda juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.



Hidung Kecil

- Jika hidung kecil, anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda sememangnya seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.

Hidung paruh burung :



Hidung Paruh Burong

- Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi agak sukar untuk MENCARI CINTA SEJATI dalam kehidupan anda.



Hidung Tajam 

- Jenis hidung begini suka memandang kebendaan. Bagi anda, aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain 2 perkara tersebut. Tetapi anda bukanlah pisau cukur, hanya suka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan tidak suka menumpang kekayaan orang lain. Anda sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan anda selesa dan senang.



Hidung Lurus 

- Anda merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Anda akan mencari pasangan hidup yang setia dan tidak menipu.



Hidung Kembang

- Jika anda berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Anda artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.



Hidung Runcing 

- Anda adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi, licik orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.



Hidung Pesek - Anda merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran anda.



Hidung Agak Besar 

- Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.



Hidung Agak Besar dan Bulat

- Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.



Hidung Agak Besar Bahagian Bawah 

- Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.



Hidung Agak Besar Tetapi Mancung

- Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.



Hidung Agak Besar Tetapi Penyek 

- Anda seorang yang tidak punya inisiatif.



Hidung Agak Kecil 

- Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.



Hidung Agak Sederhana 

- Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.



Hidung Agak Mancung, Agak Runcing 

- Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.



Hidung Lubang Agak Lebar -

Anda seorang yang sukakan milik orang lain.



Hidung Lubang Hidung Agak Kecil


- Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

Friday, 24 October 2014

Anjing Dipakai Serban Dan Jubah, Perbuatan Hina Ulama Islam



KUALA NERUS – Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.
Beliau berkata gambar anjing berserban serta berjubah kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

“Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.
“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini.
Mohamad Tamyes berkata umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.
“Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya. – BERNAMA