Pages

Friday, 7 November 2014

Lagi 6 gambar seksi Hanis Husna, awek baru Shah Jaszle


Aktor kacak dan terkenal, Shah Jaszle diketahui ramai sudah mempunyai teman wanita pengganti beberapa bulan selepas putus tunang dengan Redzwani Puteri tahun 2013.

Namanya Hanis Husna dan memiliki kejelitaan yang tidak kurang hebatnya berbanding Puteri. Walaupun agak tampil seksiii namun Hanis seorang yang suka merendah diri.

Foto Hanis Husna, kekasih baru Shah Jaszle - Tiada siapa menyangka tali pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang dibina sejak Disember 2012 sudah putus secara tidak rasmi setelah aktor itu mendedahkan sudah memiliki kekasih baru bernama Hanis Husna.

Orangnya tidaklah secantik dan sejelita Redzwani Puteri namun penampilan wanita itu lebih seksi dan sosial. Mungkin inilah antara punca mengapa Shah Jaszle tertarik dan terpikat.

Sehubungan itu, gelaran perampas kini bertukar tangan daripada Hanez Suraya kepada Hanis Husna. Sebahagian pengikut Shah meninggalkan komen pedas yang menganggap kekasihnya sebagai punca perpisahan aktor kesayangan mereka dengan bekas tunang yang juga pelajar jurusan perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam.

Bagaimanapun, Hanis menerusi Harian Metro menafikan tomahan tersebut dan melahirkan perasaan sedih dituduh merampas tunang orang tanpa mengetahui cerita sebenarnya.

“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya."

"Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar.”






Thursday, 6 November 2014

5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yatim di Perlis



KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.
Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad. Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.
Kelmarin, satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama dipapar dan disebar di laman sosial.

3 Gambar majlis pertunangan Chef Riz dan Shikin Maembong


Tahniah buat pasangan selebriti Chef Riz dan Shikin Maembong yang selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka pada Selasa lalu.

Majlis tersebut diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Mereka dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan hujung Disember ini,

Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya cef selebriti terkenal iaitu Chef Riz membuat keputusan untuk menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang dijadualkan pada Disember ini.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa.

"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,"
ujarnya ketika dihubungimStar Online, di sini, Isnin.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.

"Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

"Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai,"
ujarnya.

Sementara itu, Chef Riz berkata, dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.

Katanya, kegagalan perkahwinan lalu menyebabkan dia serik untuk berkongsi hal peribadi kepada umum.

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu. Shikin berumur 31 tahun.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.

Luahan menyayat hati Rozana Misbun isteri Awie buat anak-anak


Airmata kami turut jatuh setitis demi setitis tatkala membaca luahan hati isteri Awie, Rozana Misbun buat anak-anaknya yang amat menyayat hati.

Memang sukar bagi seorang ibu dipisahkan dari anak-anak apatah lagi jika berbulan-bulan lamanya. Ikatan kasih yang sudah lama bertaut sejak dari dalam kandungan tidak mudah untuk diputuskan begitu sahaja. Serius susah.

Air yang dicincang takkan putus! Begitu jugalah perasaan dan hati seorang ibu yang rindukan anaknya.

Kerinduan tersebut telah diluahkan oleh Rozana Misbun, 36, terhadap anak-anaknya yang kini di bawah jagaan Awie. Katanya, dia terlalu rindukan mereka hingga wajah anak-anaknya itu terbawa-bawa dalam mimpi.

"Hampir lima bulan saya menderita kerana terlalu rindukan anak-anak. Saya cuba hubungi mereka, tetapi nombor seperti tidak digunakan lagi. Sehinggakan hampir setiap hari saya mimpi berjumpa dengan mereka," ujarnya.

Tambah Rozana, sejak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberi hak jagaan sementara kepada Awie (22 Julai), dia tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan anak-anaknya. Rozana ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

"Saya percaya satu hari nanti, mimpi tersebut benar-benar menjadi kenyataan kerana saya yakin berada di pihak yang benar.

"Sehingga kini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan berharap kebenaran akan ditunjukkan jua. Harap-harap dapat berjumpa dengan mereka segera. Tetapi sama ada mereka sayangkan saya lagi atau tidak, saya tidak mahu fikir. Saya serahkan perkara itu kepada Allah,"
katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah semalam mengarahkan Rozana mengemukakan akuan bersumpah sebagai bukti berhubung dakwaannya mengatakan perkahwinannya dengan Awie tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaan anak (hadanah) secara ex-parte kepada mahkamah sebelum ini.

Awie dan Rozana didakwa berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12 - PORTAL MYARTIS.