Pages

Saturday, 8 November 2014

GURU CINA ARAH PELAJAR MELAYU JADI LEMBU MAKAN RUMPUT

Melayu sentiasa diperbodohkan dari hari demi hari. Melayu kerap menjadi bahan ejekan dan hinaan seolah-olah sebagai hamba dan merempat di negara asing. Sampai bila Melayu boleh bersabar apabila hinaan terus menerus hingga tiada batasnya.

Begitu juga sikap kurang ajar dan biadap bangsa Cina yang tak kenang diuntung semakin menjadi-jadi selepas Pilihanraya Umum yang lalu. Seolah-olah bangsa cina telah memerintah negara dan boleh membuat apa sahaja tanpa bantahan dan tindakan.

Terbaru seorang guru bangsa Cina Chen Yan Yan di sebuah sekolah vernakular Cina di Sungkai telah mendenda murid Melayu untuk memakai loceng dileher mereka menjadi lembu dan diberi memakan rumput.

Guru Cina itu menjadi lebih biadap dan kurang dengan mengatakan "Lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput" sambil merakam aksi tersebut melalui telefon bimbitnya.

Bapa kepada salah seorang murid tersebut telah membuat laporan polis setelah anaknya mengadu selalu diejek oleh rakan rakan di sekolah akibat dari kejadian tersebut. 


Namun apakah tindakan kepada guru cina yang biadap dan kurang ajar ini? Adakah berakhir dengan permohonan maaf semata-mata?

NGERI! KEADAAN MAYAT SETELAH KUBUR DIBONGKAR SEMULA (7 GAMBAR)

Sebagai mengingat kita kepada kematian. Wajah-wajah kematian ini dikongsi bertujuan untuk ingatan kepada diri sendiri dan pembaca. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya dan pembongkaran kubur ini ada juga hikmahnya bagi kita melihat keadaan sebenar kematian yang akan kita alami. Samada tua atau muda, kematian pasti akan tiba.

Yakinlah bahawa hanya beriman kepada Allah sahajalah yang akan mendapat daripada Allah S.W.T. Wallahuaqlam..








JUMAAT YANG MALANG BAGI ISLAM DI MALAYSIA

HARI JUMAAT yang berkat ini dicemari satu insiden yang memalukan umat Islam dan syariat Islam keseluruhannya. Mengejutkan apabila keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita sekaligus Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah terbatal dengan alasan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Lebih malang lagi apabila tiga Hakim yang menghakimi perbicaraan rayuan tersebut terdiri DUA orang hakim Melayu Islam. Apakah pertimbangan hakim beragama Islam ini hingga boleh memalukan umat Islam dan syariat Allah S.W.T.

Hari ini kemenangan besar bagi kaum yang dilaknati Allah di negara ini. Ini bukan kes terpencil tetapi "a new beggining and never ends" bagi mereka. Tidak mustahil akan ada lagi tuntutan-tuntutan kaum yang dilaknati Allah ini akan membawa kes hak asasi dan kebebasan berkaitan kaum songsang init. 

Benarlah kata orang, yang meruntuhkan Islam itu bukanlah golongan kafir tetapi penganutnya sendiri. Semoga Allah memberkati dan melindungi anak-anak keluarga Islam dan bumi Malaysia yang tercinta ini.


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan- Malaysiakini

Friday, 7 November 2014

Rupanya ini sebab sebenar Che Ta pilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk anak


Baru sebentar tadi, pasangan Che Ta dan suaminya, Zain Saidin telah mengumumkan nama anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana menerusi program HLIVE!

Aaisyah Dhia Rana nama anak perempuan Che Ta & Zain Saidin - Terjawab akhirnya teka teki apakah nama yang diberikan oleh pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin buat anak sulung mereka hari ini. Menerusi program HLIVE! sebentar tadi, Zain Saidin sendiri tampil mengumumkan secara eksklusif.

Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yang merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Aaisyah merupakan nama ibu Zain Saidin selepas berhijrah masuk ke agama Islam dan Dhia Rana merupakan pilihan Rozita Che Wan yang membawa maksud sinar kecantikan.

Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 1 November lalu - PORTAL ROTIKAYA.