Pages

Friday, 5 December 2014

Mentor Legend Kesal Tersalah Pilih Protégé?


KUALA LUMPUR,4 DIS 2014: Mentor Legend baru sahaja nak bermula, tetapi Murai Batu dengar-dengar cerita, ada seorang Mentor ini menyesal kerana salah pilih protégé dia.

Setelah menjalani beberapa latihan dan suai kenal dengan lebih mendalam, rupa-rupanya protégé yang dipilih mentor itu berkepala besar, ‘attitude’ dan perasan bagus.

Nak dijadikan cerita, Mentor ini sebenarnya telah termakan nasihat rerakan Mentor yang lain memberi pendapat bahawa protégé yang dia pilih itu bagus, baik dan berbakat.

Nampak tak permainan mereka nak kenakan sesama sendiri, ingatkan nak beri nasihat secara ikhlas  tetapi sebenarnya ada ‘udang di sebalik batu’.

Mentor ini juga dikatakan mahu ‘battle’ semula dan nak pilih protégé lain yang boleh merangkul gelaran juara.

Bagi Murai Batu, sabarlah wahai Mentor itu, harap-harap lepas ni kenalah berhati-hati sebelum membuat keputusan. Kelak nanti makan diri.

MURAI BATU: Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa. KORANG RASA SAPE MENTOR TU ???

Admin: Yang pasti mummy mas idayu ratu gelek terpinggir menten bahagia dgn protegee...siap masak ..jogging together2 lagi..

Silap Besar Apabila Sekumpulan Samseng Mengganggu Isteri Seorang Peninju Professional. Menempah Bala



Menempah bala.

Itulah yang kami katakan apabila sekumpulan samseng mengganggu isteri seorang peninju professional.

Nicolai Vlasenko, 29 tahun adalah seorang peninju yang juga seorang pakar seni mempertahankan diri ‘mengajar’ samseng wannabe di luar sebuah kelab malam di Rusia.

Samseng ini cuba menarik seorang wanita ke bilik VIP di sebuah kelab malam. Malangnya, wanita itu adalah isteri peninju professional, Nicolai Vlasenko. Sekembalinya Nicolai dari tandas, beliau terperanjat mengetahui isterinya telah diganggu oleh kumpulan penjahat ini.

Menurut saksi, Leonti Yevdokimov, 33, seorang penjenayah kecik-kecilan telah mengajak peninju itu untuk ‘berbincang’ di luar.

Dan peninju itu bersetuju.

   

Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng itu menyerang Nicolai, beliau telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO.

Penyerang kedua cuba membalas, akan tetapi dia juga telah dijatuhkan.

Seorang saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata : “Apabila mereka pergi ke luar, mereka keluar dengan bilangan yang ramai.”

“Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua orang samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.

“Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, dan saya tidak fikir beliau tahu apa yang berlaku apabila beliau rebah.”

“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta.”

“Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia telah hampir jatuh menerima mengambil tiga tumbukan di kepala.”

Ahli geng yang lain tidak berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

Samseng itu kemudian mengupah peguam sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan yang mereka telah diserang.

Tetapi polis tidak mengambil tindakan setelah melihat video CCTV yang jelas menunjukkan Nicolai sedang mempertahankan dirinya seorang diri dengan jumlah lawan yang hampir sedozen orang.

Peguam Vlasenko berkata: “Pelanggan saya tidak bersedia untuk membenarkan mereka mengganggu isterinya.”

“Beliau telah bersedia untuk berbincang dengan cara yang munasabah, tetapi apabila mereka menggunakan cara paksa, dia terpaksa membela diri dengan akibat yang tidak dapat dielakkan.”

Sumber : http://thevocket.com/

Wanita Ini Bawa Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Pesawat Menyebabkan Dia Di Halau

Pasti semua orang benci duduk di sebelah penumpang yang tidak menyenangkan dan tidak mesra, tetapi bagaimana jika anda berkongsi pesawat dengan babi.

Krew AS Airlines terpaksa meminta seorang wanita dan babinya untuk meninggalkan pesawat selepas haiwan itu mula membuang air besar di lorong kabin tidak lama selepas ia menaiki pesawat.

Rob Phelps menjelaskan bagaimana beliau mengalami sesuatu kejadian yang luar biasa sepanjang hayat kerana beliau ketika terbang pulang ke Washington dari Connecticut untuk menyambut hari Kesyukuran pada Khamis lalu.

Rob, 62, berkata, babi itu menjerit 'tiga kali lebih kuat daripada seorang kanak-kanak', dan dikatakan  wanita itu bercakap kepada babinya seolah-olah ia seorang manusia. 'Ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal, pesawat mula berbau, katanya kepada Mail Online.


Isteri Zahiril Adzim, Shera Aiyob Makin Cantik Bertudung


shera aiyob bertudung

Lama dah tak dengar cerita mengenai Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob ni kan. Boleh dikatakan mereka ni ‘hidup’ dalam industri berbekalkan bakat, bukannya gosip murahan seperti sesetengah artis tu. Eh.
Malah, suka untuk kami kongsikan dengan anda semua bahawa khabarnya Shera sudahpun mengenakan hijab. Nampak makin cantik tau!
zahiril adzim & shera aiyob
Mula-mula kami pun hampir tidak dapat mengecam siapakah gerangan wanita di sebelah Zahiril. Namun, setelah diteliti, rupanya girlfriend baru yang dimaksudkan adalah isterinya sendiri.
Malah, berita baik ini bagai dikuatkan lagi apabila foto-foto  lama Shera yang tidak berhijab dilihat sudah dipadam dalam kedua-dua laman Instagram mereka.
Apapun, kami doakan agar pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan mereka. Mana tahu dapat baby lagi satu ke lepas ni kan?