Pages

Friday, 12 December 2014

Penyanyi Rapper Korea Cetus Kontroversi Apabila Menggunakan Azan Dalam Lagunya






Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi apabila dia meremixkan salah seuah lagunya yang bertajuk Act Serius dengan laungan azan. Lagu tersebut telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas.



Laungan azan (Allahuakbar) boleh didengari pada bahagian awal lagu berkenaan dan apa yang lebih teruk daripada itu, apabila laungan azan itu juga turut digubah mengikut kehendak rapper berkenaan.



Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu tersebut mendapat kritikan dari orang ramai.



Selain daripada itu produser kepada rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitter rasmi Loco. 






Tulisnya di laman Twitter:

Saya menulis permohonan maaf ini untuk meminta maaf mengenai muzik yang mana diumumkan pada hari ini 28 Nov sebagai menggunakan panggilan suci agama islam iaitu 'Azan'. Saya tidak perasan bahawa ia berkaitan dengan agama Islam. Saya tidak bermaksud untuk menghina atau memperkecilkan agama Islam, tetapi saya perlu mempertimbangkan sama ada ia boleh digunakan atau tidak sebagai seorang produser. Saya minta maaf dengan sepenuh hati saya di mana saya telah membuat silap besar kepada semua orang yang percaya pada Islam dan tidak sedar akan masalah itu. Dan saya mahu semua tahu bahawa Loco tidak tahu menahu juga dengan sampel yang digunakan jadi saya mahu meminta maaf kepada Loco juga. Saya tidak akan pernah membuat lagi kesilapan ini dan berjanji tidak akan membuatnya lagi.



Inilah muzik video yang mencetuskan kontroversi apabila mengandungi laungan azan yang diubah sebelum dibuang oleh produsernya:









View the original article here

Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami Sempena Ulangtahun




Hehe.. Hati kami pula rasa berbunga-bunga apabila melihat kemesraan pasangan romantis, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof.
Mana taknya, Zhafran melakukan kejutan sempena ulangtahun Fouziah Gous yang ke 32 tahun semalam. Siap berdukung bagai tau. Jangan jeles!
Screen Shot 2014-12-12 at 11.04.52 AM
fouziah ghous dan suami-5
Wah, nampak tak betapa sayangnya Zhafran kepada pelakon cantik ni. Siap bawa pusing-pusing dengan mata bertutup supaya Fouziah tidak dapat mengecam lokasi yang ingin dibawanya.
Apalagi, jom kita tengok koleksi foto mereka di bawah!




PASANGAN INI KELIHATAN NORMAL SEHINGGALAH ANDA LIHAT GAMBAR NO 2!!!



 azim sosial 12:18 Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak… Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai pasangan Bianca, Nick dan dua anak mereka. Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan… Pasangan Ini Kelihatan Normal Sehinggalah Anda Lihat Gambar No 2! Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya.





 lapor akhbar Metro UK,semalam… Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai… Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya… Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu… Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran… Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya… Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal… Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. ..

Penjelasan Noraida Isu 'TAYANG LURAH' Di Sidang Media


Jumaat lalu, Amiruddin Othman, suami kepada wanita yang didakwa pernah menjalin skandall dengan Adi Putra membuat sidang media untuk memberitahu pendirian mereka berhubung kes berkenaan. 

Namun selepas sidang media dibuat, isu yang lebih mendapat perhatian nampaknya bukan kenyataan Amiruddin tetapi pakaian yang dikenakan isterinya, Noraida Abd. Mutalib ketika sidang media berkenaan. 

Pakaian Nooraida dianggap terlalu mencolok mata di bahagian dadaaa hingga surat khabar terpaksa menutup bahagian tersebut kerana tidak sesuai untuk disiarkan. 

Tapi dalam dunia siber yang lebih terbuka, gambar-gambar Nooraida ini hangat dikongsikan dan diperkata di forum dan media sosial hingga Nooraida akhirnya tampil membela diri dan menyatakan alasan mengapa hal ini berlaku. 

Sebenarnya jika Nooraida berpakaian seksiii bagaimana sekali pun di luar, ia tidak memberi kesan pada orang ramai kerana tiada siapa mengenalinya sebagai selebriti. 

Namun apabila dia mengenakan pakaian sebegini ketika sidang media yang diadakan bagi bercakap tentang isu moral orang lain, sudah tentulah ia amat tidak sesuai dan ibarat memercik air ke muka sendiri. 




Hosted on: kamithemedia.blogspot.com