Pages

Tuesday, 16 December 2014

Putri Mardiana: Saya Siap Jemput JAIS Minum, Mereka Serba Salah



Nampaknya identiti pelaku khalwattt bergelar selebriti yang menjadi bualan ramai semalam bukanlah satu rahsia lagi apabila pelakon Putri Mardiana tampil memberikan kenyataan beliau tentang apa sebenarnya yang berlaku sehingga terjadinya insiden tangkapan khalwat.


Bercakap kepada Malaysian Digest Putri Mardiana menjelaskan yang beliau dan lelaki bernama Ejump itu sudah pun merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Semuanya hanya menunggu sahnya penceraian lelaki itu dengan isteri sebelum ini di mahkamah.
“Saya ke mahkamah tadi kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami ambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu”
“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan,” jelasnya.
Pelakon ini turut menjelaskan ketika kejadian tangkapan itu berlaku, teman lelakinya itu baru hanya menghantar dirinya pulang sebelum masuk sebentar untuk minum air.
“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tidak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah,” jelasnya.
Bekas Teman Lelaki, Isteri Ejump Perangkap Khalwat
hlive
Putri Mardiana turut mendakwa serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke rumahnya sengaja dirancang bekas teman lelakinya.
“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwattt)”
“Saya sebenarnya di’prank bekas teman lelaki saya & juga dapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. Mereka bersepakat kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” jelas pelakon ini panjang lebar. (rtky/m)

MLM2014 : Lawak Jalor Buat Datuk Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri

jalorr
Minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung pada jumaat lalu kembali dengan tema Bebas. Rata-rata kumpulan yang bertanding menampilkan persembahan yang begitu menghiburkan di samping berjaya memikat hati juri.
Mana tidaknya, kumpulan seperti Zero dan Nabil berjaya menerima pungutan lima bintang menerusi sketsa hebat mereka. Namun satu perkara yang tidak diduga berlaku apabila Datuk Jalaluddin Hassan bertindak meninggalkan kerusi juri.
Datuk Jalaluddin Hassan tak puas hati dengan persembahan kumpulan yang  bertanding ke?
Jpeg
Jangan salah sangka, sebenarnya Datuk Jalaluddin Hassan hanya tinggalkan kerusi juri buat seketika sahaja dan naik ke pentas untuk memberi komen kepada kumpulan Jalor.
Walau bagaimanapun tindakannya itu agak memeranjatkan penonton. Pada awalnya peminat menjangkakan kumpulan Jalor bakal dimarahi oleh Datuk Jalaluddin Hassan ekoran lawak yang dilakukan Joey. Iyalah sampai Joey melutut mohon maaf kepada Datuk Jalaluddin Hassan.
Datuk Jalaluddin Hassan sebaliknya memuji persembahan Jalor sambil menganggap ada peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Korang rasa betul ke ada peningkatan?
out
Minggu kelima menyaksikan dua penyingkiran berlaku iaitu kumpulan Wala dan Eksoz yang mendapat undian terendah. Selain itu, Ilya Senario atau dikenali sebagai Pak Ya terpaksa menarik diri daripada terus berjuang bersama Sepahtu kerana masalah kesihatan.
Sebelum itu Nabil tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan lawak yang dilakukannya pada minggu kedua. Lawak yang mana? Alah lawak yang para gadis akan mendapat keyakinan serta-merta sebaik memakai tuala wanita itu. Ingat tak?
Setakat hari ini, kumpulan Zero masih lagi mengungguli kedudukan undian dengan 30% diikuti oleh Shiro dan Virus. Kumpulan favourite korang nombor berapa sekarang? Vote ke tidak?

Monday, 15 December 2014

2 Gambar Liza Abdullah & Tengku Hanis bergaduh besar di PWTC



Terpanas dan tergempar apabila dua selebriti wanita terkenal, Liza Abdullah dan Tengku Hanis dilaporkan bergaduh besar di PWTC pada petang tadi.


Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!! Inilah beberapa keping gambar dua artis wanita iaitu Liza Abdullah dan Tengku Hanis di PWTC tengah hari tadi yang menjadi viral di media sosial kerana dikatakan bergaduh ketika sedang bekerja.
Alamak, apa pasal pulak diorang bergadu hah..? Ni mesti ada perkara buat mereka saling tak puas hati. Betul tak?

5 GAMBAR HOT AZHARINA AZHAR TERKINI PASTI MENGEJUTKAN RAMAI!



 Bukan saya yang cakap, ada peminat lain yang tanya bila terlihat beliau beraksi di rancangan Bintang Klasik di TV2 beberapa hari lepas.
Ada yang tanya sama ada beliau mengandung dan sebagainya. Ada sesiapa mahu melihat penampilan terbaru Azharina Azhar? Check in disini... 
Saya tak nak komen panjang-panjang. Buat yang tidak mengenali siapa Azharina Azhar, beliau pernah popular dengan lagu hit beliau iaitu Elergi Sepi.
Kemudian beliau telah berkahwin dengan seorang datuk dari Kelantan, tidak ada anak dengan datuk itu dan kemudian bercerai.Kemudian sepi seperti tajuk lagu popularnya, sehinggalah beberapa hari lepas beliau kelihatan menyanyi di rancangan Bintang Klasik di TV.