Nampaknya identiti pelaku khalwattt bergelar selebriti yang menjadi
bualan ramai semalam bukanlah satu rahsia lagi apabila pelakon Putri
Mardiana tampil memberikan kenyataan beliau tentang apa sebenarnya yang
berlaku sehingga terjadinya insiden tangkapan khalwat.
Bercakap kepada Malaysian Digest
Putri Mardiana
menjelaskan yang beliau dan lelaki bernama Ejump itu sudah pun merancang
untuk berkahwin tidak lama lagi. Semuanya hanya menunggu sahnya
penceraian lelaki itu dengan isteri sebelum ini di mahkamah.
“Saya ke mahkamah tadi kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari
ini kami ambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman
lelaki saya bukan lagi suami orang dan selama ini saya sering
menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu”
“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada
aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan,”
jelasnya.
Pelakon ini turut menjelaskan ketika kejadian tangkapan itu berlaku,
teman lelakinya itu baru hanya menghantar dirinya pulang sebelum masuk
sebentar untuk minum air.
“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami
tidak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami
tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya
siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah,” jelasnya.
Bekas Teman Lelaki, Isteri Ejump Perangkap Khalwat

Putri Mardiana turut mendakwa serbuan pihak Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) ke rumahnya sengaja dirancang bekas teman lelakinya.
“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana
orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya
tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap
khalwattt)”
“Saya sebenarnya di’prank bekas teman lelaki saya & juga dapat
tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. Mereka bersepakat
kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya
daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS
sehingga serbuan dibuat,” jelas pelakon ini panjang lebar.
(rtky/m)