ADA
cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon Nur Fathia Latiff
menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar.
Khabarnya,
teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal sewaktu di
lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.
Ia
bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke
London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana
terpaksa mengulang babak berkali-kali.
Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.
Fathia
dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi,
tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa
bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.
Nur Fathia Tunjuk Perangai Sebenar di London?
Dalam
satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita
itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.
Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.
Pendek
kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk
bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.
Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:
“Raja
terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang
dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya
selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja
simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi,
mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!
“Raja
bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika
itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras
tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…”
Selepas
kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya
bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.
Waduh,
kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah
terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit
ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya.
Kami
sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang
cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri
ini.
Sedangkan pelakon yang sudah bergelar ‘otai’ pun masih ada
sikap rendah diri,