Pages

Thursday, 5 February 2015

TERBONGKAR? Siapa Artis Wanita Peneman Golongan VVIP?







Golongan artis berkenaan berada dalam radar pemantau pihak polis dan mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga. Polis Bukit Aman sedang memantau sekurang-kurangnya sepuluh artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular selepas risikan mendapati mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral sebagai peneman golongan VVIP dengan menerima bayaran lumayan, lapor Harian Metro.

 


Berdasarkan siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk aksi di ranjang. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, golongan artis berkenaan berada dalam radar pemantau pihaknya dan mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga. “Berdasarkan maklumat risikan, kami mendapati mereka mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam. 


Bayaran bergantung kepada tahap popular mereka, semakin popular, semakin mahal. “Kebanyakan artis berkenaan mengenakan khidmat orang tengah yang bertindak sebagai pengatur pertemuan dengan VVIP,” ujarnya. Beliau mengingatkan artis berkenaan supaya jangan fikir mereka dikenali maka mereka boleh terlepas daripada tindakan undang-undang. Terdapat sumber mengatakan kebanyakan artis wanita berkenaan menggunakan orang tengah untuk menyasarkan golongan kenamaan bagi mengaturkan pertemuan penuh maksiat itu. 


Orang tengah itu merupakan individu yang berpengaruh dalam industri hiburan dan mengenali ramai kenamaan. Roslee berkata, biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, namun pihaknya mengetahui setiap pergerakannya. “Modus operandi orang tengah ini sangat licik kerana hanya mengaturkan pertemuan antara artis itu dan pelanggan serta memberitahu jumlah bayaran. “Selebihnya, pelanggan akan berunding sendiri dengan artis itu. 



 Selalunya pertemuan dimulakan dengan menjamu selera di restoran tertentu atau pelanggan akan membawa artis berkenaan ke bilik karaoke,” ujarnya. Sejurus selepas itu, katanya, artis berkenaan akan di bawa ke bilik hotel terkemuka kerana beranggapan lokasi itu selamat daripada serbuan.

Akhirnya 3 Gambar Kenderaan Mewah Johan Raja Lawak Didedahkan Kepada Umum...



Pelawak terkenal, Johan Raja Lawak sememangnya sudah berpuluh kali memenangi anugerah yang boleh mencecah jutaan ringgit. Itu belum lagi dicampur dengan gajinya sebagai juruhebah Era FM, duta produk dan jemputan berbayar ke majlis korporat.

Dengan kejayaan dan rezeki yang diterima Johan Raja Lawak ini, ramai yang tidak menyangka dia hanya menaiki motor untuk pergi ke kerja di Era FM.





sumber : katakcomel

5 FOTO WAJAH-WAJAH SAYU AAISYAH DHIA RANA TERMENUNG JAUH RINDUKAN PAPA DAN MAMA !!!!


Aaisyah Dhia Rana Termenung Jauh Rindukan Papa dan Mama...

Cian die..Papa dan Mama jauh...Jom layan mimik wajah comel Aaisyah yang rindukan Papa dan Mamanya....



SUMBER;SILANG JARI

Ibu Mangsa Kelar Kesal Dengan Kenyataan Dari UITM



Keluarga pelajar perempuan yang maut akibat dikelar rakan lelakinya kesal dengan kenyataan pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila didakwa seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap tragedi menimpa anak kedua daripada enam beradik itu.

Ibu mangsa Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia sedih dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said apabila mengatakan anaknya Nur Syuhada Johari, 20, mengikut lelaki itu secara sukarela.

“UiTM tidak sepatutnya membuat kenyataan sewenang-wenangnya yang menggambarkan Nur Syuhada dengan sukarela mengikut suspek dan bukannya diculik selain kejadian berlaku di luar kampus.

“Siapa UiTM untuk kata anak saya secara sukarela mengikut lelaki itu? Anak saya diuguttt dengan pisauuu sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta, malah rakannya juga ada melihat kejadian sebelum memaklumkan kepada saya.

“Sebagai ibu yang melahir dan membesarkan Nur Syuhada, saya tahu anak saya cuba mempertahankan dirinya (dan)...saya tidak mampu terima tragedi yang menimpanya. Anda fikir saya mampu memaafkan suspek dan keluarganya?” katanya, semalam.

Menurutnya, dia menganggap semua penuntut wanita di UiTM Permatang Pauh itu seperti anaknya sendiri dan tidak mahu kejadian sama berulang.-sumber