Thursday, 12 February 2015
10 Gambar wajah anak sulung Aidil Zafuan dan Zarema Zainal kini didedahkan
Sejak bersalin pada 5 Februari lalu, pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal belum pernah mendedahkan anak sulung mereka yang diberi nama Ayden Zeeyad.
Bagaimanapun, hari ini melalui sumber rotikaya, beberapa keping gambar wajah Ayden telah dikongsikan untuk tatapan umum.
Berita kelahiran anak pertama pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal disambut para peminat pemain bolasepak untuk Johor Darul Takzim (JDT) ini dan ramai juga teruja apabila sekali lagi Aidil Zafuan dikurniakan cahayamata lelaki.
Menurut sumber kami sebelum ini, Zarema Zainal telah selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di Klang beberapa hari lalu dan hari ini kami menerima beberapa keping gambar sekitar fotografi kelahiran baru ini.
Camora Arts yang mengirimkan e-mail berkata sesi fotografi ini dijalankan hanya selepas lima hari kelahiran Ayden Zeeyad, oh ya, itu nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada anak sulung mereka. Ringkas dan senang disebut.
Ini merupakan buat pertama kalinya pasangan Aidil Zafuan & Zarema Zainal mendedahkan wajah anak mereka kepada umum dan menurut jurugambar, mereka ketengahkan konsep dongeng (fairy tales) untuk sesi fotografi kali ini - Rotikaya
TERKINI! Ayda Jebat Kini Tembam Rupa Seperti Rosnah Mat Aris??
#Memang diketahui dikalangan selebriti & pelakon jika anda muncul di
kaca televisyen, badan anda akan kelihatan lebih berisi dan bertambah
10KG walau tiada data saintifik membuktikan perkara itu. Namun, isu ini
menjadi masalah baru buat Ayda Jebat....
#Ketika muncul dalam drama terbaru berjudul Diva di Astro Ria baru baru ini, ramai peminat mula menegur penampilan Ayda Jebat yang dilihat sangat berisi dan berlainan sungguh dengan wajah comelnya ketika popular dengan drama Rindu Awak 200%.....
#“Berat badan saya 45 kg dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa. Ia naik dalam 2 kg saja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam”....
#“Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris,” ujar Ayda Jebat....
#Lantaran perkara itu, Ayda Jebat mengakui ada rakan yang menyarankan beliau untuk melakukan pembedahan muka bagi membuang lemak dan menjadikan lebih cantik....
#“Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan,” tambahnya yang nekad untuk berdiet sebelum menjalani sesi penggambaran selepas ini....
#Lantaran perkara itu, Ayda Jebat mengakui ada rakan yang menyarankan beliau untuk melakukan pembedahan muka bagi membuang lemak dan menjadikan lebih cantik....
#“Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan,” tambahnya yang nekad untuk berdiet sebelum menjalani sesi penggambaran selepas ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)