Pages

Friday, 10 April 2015

KESAL FAIL CERAI - YATT HAMZAH INSAF SELEPAS PULANG DARI SYRIA

.

"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," tambah Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, yang pernah menyertai misi kemanusiaan di Syria pada Februari lalu.



Untuk makluman, Yatt pada 24 Oktober lalu telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Namun setelah berfikir panjang, pelakon itu dan pasangannya pada 12 Mac lalu telah meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik.

"Sepanjang saya berada di Syria, saya banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan rumah tangga saya semula.

"Saya kini melihat suami saya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarga saya sepanjang hayat.

"Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri," katanya.






Harap Muka Jer Cantik Tapi... (3 Foto)

eorang pengguna Facebook bernama Aurah FJ‎ (Ni link fb dia) telah upload gambar gadis dipercayai kaki penipu berikut maklumat yang dikongsikan


Salam semua. Disini saya ingin berkongsi penipuan pembelian online melibatkan pembelian tudung Aidijuma dari Noor Shazwani @ Princess Sania. Beliau masih berhutang RM249 dengan saya dah telah byk kali mungkir janji dan menipu dlm transaksi.

Setiap kali dia kata dah transfer refund, tapi duit tak masuk-masuk. Pernah sekali saya tunggu dia di KL kata kakak dia nak dtg refund namun habuk pun tak ada. 6 jam saya bazirkan masa saya menunggu di KL akhirnya jadi mangsa penipuannya.

Call tak pernah angkat. Telah hampir sebulan saya ditipu dgn mcm2 alasan bodohnya. Saya dibudak2an. Sekejap kata mak meninggal. Sekejap kata dah terpakai duit. Sekejap kata kakak dah transfer, sekejap kata dia dah transfer, sekejap kata tunggu gaji. Mcm2.

Nak cerita pun malu. Hari demi hari kata nak refund sampai skrg pun belum langsai. Saya dah melaporkan pada suaminya tetapi tiada tindakan. Semua bukti transaksi ada pada saya. Semua transaksi bank kedalam akaun beliau juga ada dlm simpanan saya. Kawan2 disini jaga2 sampai ditipu olehnya. Sapa yg kenal dia boleh beritahu dia saya dah up maklumat ni. Harap maklum. Wasalam.

PERLU DANA RM50K - ZAMANI SLAM HIDAPI MASALAH TULANG BELAKANG KRONIK

"Zamani pernah bertanya mengenai wang kerjayanya selama ini kerana dia mahu menggunakannya untuk menampung kos rawatan pembedahan tulang belakang," demikianlah kata abang kandung Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim apabila adiknya mengalami masalah kewangan untuk pembedahan tulang belakangnya yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Menurut Zulfazil, wang hasil titik peluh adiknya itu sebelum ini disimpan oleh pihak yang menguruskan kerjaya seni Zamani kerana adiknya itu tidak mempunyai akaun bank peribadi yang menyimpan wang hasil titik peluhnya dalam kerjaya nyanyian.

"Pihak kami tidak menuduh sesiapa (tidak membayar wang tersebut) tetapi siapa lagi yang menguruskan kerjaya penyanyi itu kalau bukan pihak pengurusan Zamani," jelasnya.

Klik gambar untuk size besar




Difahamkan peguam kepada Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar pernah membuat kenyataan di akaun Facebook berhubung status wang penyanyi tersebut baru-baru ini.

Peguam tersebut berkata, dia tidak pernah mempersoalkan tentang pihak pengurusan Zamani, apa yang penting baginya sekarang adalah anak guamnya itu.

"Saya yang penting adalah anak guam saya, anak guam saya sakit dan memerlukan kos sebanyak RM50,000 untuk menjalani pembedahan.



"Sekiranya Zamani mempunyai duit di dalam akaunnya, keluarkan jumlah itu kerana kami perlukannya untuk pembedahan berkenaan," kata peguam yang mewakili Zamani.

Disebabkan perkara itu, Zamani, 43, memerlukan dana sebanyak RM50,000 untuk pembedahan tulang belakangnya.

Tambah Zulfazil lagi, penyakit yang dihidapi oleh Zamani tiada kaitannya dengan bahan terlarang kerana Zamani itu pernah mengalami kecederaan kesan aktif bersukan sebelum ini.




(3 FOTO) Terkini bentuk 'Baby Bump' Mizz Nina paling ketara dan besar

Mizz Nina adalah seorang selebriti yang bukan setakat sudah lama berhijrah dengan imej terbaru, malah isteri kepada Noh Hujan ini juga aktif terutama dalam bidang perniagaan fesyen busana muslimah sejak mendiamkan diri dari bidang seni.
Ramai juga yang bertanyakan tentang khabar Mizz Nina sekarang terutama sejak berumah tangga bersama Noh pada Julai 2011, dan soalan lazim yang sering ditanyakan adalah tentang kehadiran cahayamata pertama.

Baru-baru ini, ada sumber terdekat dengan Mizz Nina secara tak sengaja mendedahkan kepada seorang rakan yang Mizz Nina sedang berbadan dua dan juga masih menyimpan rahsia tentang usia kandungan pasangan tersebut.
Adakah benar Mizz Nina kini sedang hamil anak pertama? Ini kerana sekeping terbaru Mizz Nina yang seakan menampakkan bentuk Baby Bump perutnya telah tersebar.
Lihat gambar itu di bawah. Kalau benar itu bentuk Baby Bump, maka tahniah kami ucapkan. Jelas Baby Bump tersebut semakin membesar.
V
V
V
V