Pages

Friday 10 April 2015

6 FOTO panas tak bertapis ibu tiri Nedim Nazri, kekasih Nora Danish


Kami terpanggil untuk mencari siapakah gadis bermadu yang dimaksudkan Nedim yang 'desperate' menggunakan 'title' Datin Seri ini.

Rupanya, gadis yang dimaksudkan adalah Haflins, ibu tiri kepada Nedim sendiri.

Wow!!! Memang hot!! Tiada kata lain yang sesuai bila melihat gambar Datin Seri Haflins isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz ni.
Menurut jawapan balas Datin Seri kepada Nedim, beliau tiada isu untuk menggunakan Datin Seri kerana tiada di dalam warta kerajaan.

Datin Seri tidak berhenti di situ sahaja. Dia terus menempelak Nedim kerana tidak menghormati kerjaya ayahnya dan membawa isu ini ke 'public'.
Apa-apa pun, perkara boleh settle ape. Tapi mak tiri Nedim memang hot lah!!!

Sumber : Eblog011






10 GAMBAR - KEMBAR SEPASANG PENGUBAT DUKA NURUL SYUHADAH

Aksi terkini Raja Abdul Mateen (lelaki) dan Raja Nour Emaan (perempuan) yang merupakan anak kembar sepasang Nurul Syuhada Nurul Ain dan suaminya Raja Amir Shah Raja Azwa.

Meskipun masih sedih dengan kepergian ayahandanya Allahyarham Haji Mohd Zin Idris yang meninggal dunia baru-baru ini, namun ragam anak kembarnya itu sedikit sebanyak mengubat hati.

"Always will be Daddy's girl. May Allah place you among the pious and virtuous in Jannah insyaAllah.  Allahyarham Haji Mohd Zin bin Idris. 250256 - 190315," tulis Nurul melalui Instagramnya.

Takziah buat Nurul sekeluarga!

Klik gambar untuk size besar





















Hanis Zalikha Rasa Beruntung Jadi Tunang Hairul Azreen


Hanis Dan Hairul Kini Jarang Keluar Malam, Elak Pertelingkahan


Bakal melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun ini, debaran semakin dirasai oleh pasangan ini malah dalam masa yang sama, Hanis Zalikha mengakui beruntung kerana menjadi tunangan kepada Hairul Azreen selain menjelaskan mereka kini jarang keluar bersama.

“Saya gembira dan bersyukur sebab semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Sekarang saya teruja untuk menuju ke alam perkahwinan pula. Insya-Allah, doakan semuanya akan berjalan seperti dirancang,” jelas Hanis kepada majalah Media Hiburan.
Selain itu, Hanis juga berkongsi cerita mengenai kisah dan pengalamannya merasai sendiri apa yang disifatkan sebagai darah manis malah dia turut mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada ibu bapanya sebelum menjelang perkahwinan.
 
 
“Saya percaya apabila orang mengatakan banyak dugaan ketika berdarah manis, kerana syaitan memang tidak suka manusia melakukan perkara baik dan sebab itu setelah bertunang, kami membuat keputusan untuk jarang berjumpa dan elakkan keluar pada waktu malam”
“Selain itu, Hairul dari dulu berpesan dengan saya, jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan sesekali menyebut perkataan putus atau sebaliknya kerana setiap percakapan adalah doa. Jadi saya sentiasa berhati-hati dan kami sedaya upaya menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik,” jelas pelakon dan pengacara manis molek ini.
Manis sungguh saat bertunang kedua pasangan ini. Malah melihatkan dari komen di Instagram milik Hanis, rata-rata peminat Hanis mendoakan yang terbaik kepada pasangan ini. Semoga dipermudahkan urusan menjelang saat pernikahan nanti. (rtky/s)

KESAL FAIL CERAI - YATT HAMZAH INSAF SELEPAS PULANG DARI SYRIA

.

"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," tambah Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, yang pernah menyertai misi kemanusiaan di Syria pada Februari lalu.



Untuk makluman, Yatt pada 24 Oktober lalu telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Namun setelah berfikir panjang, pelakon itu dan pasangannya pada 12 Mac lalu telah meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik.

"Sepanjang saya berada di Syria, saya banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan rumah tangga saya semula.

"Saya kini melihat suami saya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarga saya sepanjang hayat.

"Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri," katanya.