Pages

Friday, 8 May 2015

Gempar! Cerita Sebenar Gadis 18 Tahun Kahwini Gurunya 52 Tahun

Gempar! Cerita Sebenar Gadis 18 Tahun Kahwini Gurunya 52 Tahun  | Beberapa hari lepas warga maya digemparkan dengan beberapa keping gambar perkahwinan seorang gadis muda dengan lelaki tua. Gadis muda yang berusia 18 tahun itu dikatakan berkahwin dengan gurunya yang berusia 52 dari bekas sekolahnya.
Jodoh tidak mengira usia, ramai yang terkejut dengan berita ini. Namun, bukan kuasa kita untuk menghalang jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.
Banyak komen-komen yang negatif ke atas gambar yang tersebar itu. Antara komen yang diterima adalah, “Tolong… katakanlah ini satu paksaan”. Apa pun komen yang diterima ianya tidak dapat menghalang untuk jodoh ini berkahwin.

Tiada sesiapa yang mendedahkan cerita sebenar disebalik gambar itu. Terbaru, seorang individu yang bernama Mohd Hisham mendedahkan cerita sebenar. Menurut Mohd Hisham, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Lelaki itu juga dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak perempuan.




Kisah Sedih !! Aku Dah Kahwin Sekarang. (Sediakan Tisu) !!!

Kisah Sedih !! Aku Dah Kahwin Sekarang. (Sediakan Tisu) !!! | kerana cerita ini menyentuh perasaan orang yang membaca dan mesti air mata pembaca akan keluar












KENAL HANYA 2 BULAN - ZIZAN RAZAK NIKAH GADIS SEKAMPUNG JUN INI

Akhirnya segala teka-teki terjawab sudah apabila Zizan Razak mengumumkan yang dia bakal menikahi Gadis sekampung pada bulan Jun ini. Apa yang menarik, gadis tersebut baru dikenalinya dua bulan sahaja.

Dengan pengumuman itu, maka kisah cintanya dengan Emma Maembong boleh dikatakan kini 'tutup buku'. Tak ada jodoh... apa nak buat ya tak?

"Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.





"Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

"Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu," ujar Zizan yang turut dikaitkan dengan dakwaan pelawak kasanova baru-baru ini.



Difahamkan, Zizan akan pulang ke kampung untuk menguruskan urusan merisik dan meminang tidak lama lagi.

"Bakal isteri saya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik. Dia menghormati kedua ibu bapa saya membuatkan hati saya yang sedang terluka tertambat terus," tambahnya dengan nada berseloroh.

Cayalah Zizan! Heh.


Sumber: BPop

Thursday, 7 May 2015

4 Gambar Selfie Dalam Bilik Tidur, Ekin & Yazer Dihentam Peminat




Selfie sememangnya satu norma dalam kehidupan masyarakat kita sekarang ini. Dalam kapal terbang selfie, bangun pagi selfie, nak pergi kerja selfie. Namun apabila selfie sudah sampai ke tahap bilik tidur seperti yang dilakukan oleh Ekin dan Yazer, sudah tentu ia tidak manis dipandang. Akibatnya, pasangan suami isteri dihentam teruk oleh para peminat



Walaupun Ekin menjawab kritikan para peminatnya dengan menyatakan ia bukanlah gambar lucah atau aksi yang melampau, namun sesungguhnya ketahuilah ada perkara yang kita tidak boleh kongsikan walaupun sudah bersuami isteri. Kami rasa kalau fikir logik pun boleh tahu yang bergambar atas katil dengan pasangan masing-masing akan menimbulkan kontroversi. Tak gitu?




Secara jujur, kata-kata para peminat yang mengkritik pasangan suami isteri ini ada betulnya. Tak ada nak jeles-jeles. Cuma memang gambar ini kurang manis ditonton oleh orang ramai. Bak kata orang tua-tua, perkara dalam bilik tidur, biar dalam bilik tidur. Jangan dibawa ke luar. Tak gitu? Apa pandangan anda?