Pages

Sunday, 10 May 2015

Inilah Punca Kematian & Apa Yang Berlaku Kepada Rosshida Abdullah Sebenarnya...

Dicekik hingga mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya dibawa sejauh 450 kilometer hingga ke Cyberjaya, Selangor.
Mayat itu kemudian dicampak ke dalam kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.

Itu sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu.

Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama suspek ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan dari ibu negara.

“Namun, dalam perjalanan kedua-dua mereka dipercayai bertengkar mengenai orang ketiga dan menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain sehingga suspek mencekik mangsa sehingga mati di satu kawasan dekat Penarik, Terengganu.

“Disebabkan mangsa telah meninggal dunia, suspek mengambil keputusan berpatah balik dari Penarik ke ibu negara, namun setibanya di Cyberjaya, suspek mencampakkan mayat mangsa dari jambatan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Program Kayuhan Pencegahan Jenayah bersama Timbalan Ketua Polis Selangor di Saujana Utama, di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, sepanjang perjalanan tersebut suspek hanya menutup muka mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan itu dengan selimut.

Rabu lalu, mayat Rosshida ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang.

Turut ditemui bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000.

9 Ayat MAUT Seorang Perempuan Yang Wajib Lelaki Faham !!!



9 Ayat Maut Seorang Perempuan !!

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan....

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman....

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat....

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya....

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda...

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki...

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri...

p/s : Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya...

7 Tanda-Tanda Lelaki Yang Tiada Teruna



Antara 7 Tanda-Tanda Lelaki Yang Tiada Teruna ialah :

1-Biasanya jantan yg dah "biasa" dengan projek2 nii kalo menegok pempuan mak Oiiiii..macam nak mkan lg2 pmpuan seksi  berlainan pulak dengan yg xbiasa..mereka nii mcm aku leee akan menoleh tempat lain..sebab nyaa malu dengan pandgan yg xbiasa pandang niiii..wakakkaka...

2-Perlakuan sang jantan pulak ,,kalo time awek cun n xcun mengusha2 ...mereka nii akan buat muka xmalu n xde reaksi pOn serta akan membalas pandagan si awek2 tadi adalah ..mnakala kalo jantan soleh pulak akan menoleh tmpat lain @ tunduk bawah meja (kalo time minum2 kee) segan lahh kata kannn..heheeh

3-Kelakuan time makan pulak dengan perempuan,, masa nii paling senang nak tengok!!! lelaki dah "hilang " teruna nii akan dengan lahapnya mkan xde control depan kaum pempuan niii..
sampai ada makan tepi mulut pOn wat deKkkk ajeee..tapi berlainan pulak dengan laki teruna nii malu2 nak bukak mulut nak suap pon control2 lggg...wakakkka..adeiii kalah2 awek pulakkk..

(kalo budak kecik nii makan mcm niii korang rase mcm mna pulak????)

4-Expresi muka "jantan" kalo awek cakap yg dia suka dekat diri mereka ...adeiii muka jantan niii memg xbule blaaa..
ada yg gelak,,ad yg termenung kejap,,ad jugak yg buat dekk jee,, n ad jugak yg boleh tanya balikk "ko ni wat lawak yee" dekat pempuan tadii..berlainan pulak dengan lelaki yg still "V"
akan senyum2 segan bila ad pempuan cakap yg minat kat diri mereka...


5-Time dah couple:
a) akan nampak sifat bosan mereka kalo bercerita soal hati dan perasaan .. yelah dah biasakan dengan benda2 mcm niii..
b)xde makna nak keluar dwet banyak2 utk ewek2 mereka ..yelah sebab mereka rasa belum compom lgg awek 2 jd isteri mereka..nak2 si awek pulak yg trpaksa kuar dwet belnja pakwe ..opss ni dah kess lain lak niii..hehhehe...

6-Kalo bab bercerita soal seks pulak..sang "jantan" memg power dalm hal niii..1faktor nyaa dah ad pegalaman..xde malu n segan nak bercerita depan pempuan deee.. kalo ayat yg biasa dengar "alaa kita kan dah besar,,open minded lah sikit"
wakakkaka..ayat xbule blaa lahh...kalo laki teruna, adeii bila bukak bab nii seyum2 kambing lggg segan nak bg pendpat, apatah lgg nak bercerita dgn pempuan pasal bab niii..tp kalo dengan lelaki ok jee kottt..hehehhe

7-Lelaki yg sudah kawin.. pasti hilang teruna dia..ngeh..ngeh..ngeh..

Dasyat !! Debat awek tudung VS awek tak bertudung




Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis “huh….sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?” banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu. 

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka 

Lia : Ala….tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini. 

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia…”Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,” pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla…” 

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat. 

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat 

Lia : Weh pompuan…kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik! 

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat? 

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok! 

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu? 

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat…so what?? 

Suri : Seksi atau tidak…hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut 

Lia : Ala…tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak. 

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga? 

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain……. 

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda. 

Lia : Apa yang aku pakai….ne antara aku dengan Tuhan. 

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya.. 

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat….cuma masih belum sampai seru lagi. 

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat. 

Lia : Relak la…perubahan bukan boleh buat terus…kena la slow-slow. 

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu…jangan ambil nyawa aku lagi..boleh?? 

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas… 

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam. 

Lia : =.=” ok baiiiiii……………………………….. 

Sekadar renungan kita bersama


Sumber Asal