Pages

Sunday 10 May 2015

HATI-HATI Bila Jumpa MAKCIK Ni Di KL SENTRAL Waktu Malam… Anda Bakal SERAM !!!

HATI-HATI Bila Jumpa MAKCIK Ni Di KL SENTRAL Waktu Malam… Anda Bakal SERAM !!! | Kejadian seumpama ini bukan pertama kali kita dengar malah tidak pernah habis sejak dahulu. Manusia memang ada pelbagai sifat terutamanya yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang ramai untuk kepentingan diri sendiri. Dan KL Sentral bukanlah tempat yang asing lagi menjadi lubuk kes-kes sebegini memandangkan ianya tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

ohmedia-makcik-penipu-kl-sentral

Berikut adalah aduan/perkongsian yang kami terima;
Salam admin Oh Media boleh tolong sharekan cerita ni? Terima kasih banyak2. Saya minta tolong biar kes ni tak berulang. Kes tipu duit di KL Sentral.
Berlaku malam 5 april isnin lepas. Kami berlima perempuan baru sampai di kl sentral lebih kurang pukul 10 mlm. Sampai je, saya nak keluarkan duit dan yg lain pergi beli tiket ktm sebab nak balik kolej. Lepas siap, saya terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kawan saya. Otw, ada sorang makcik datang tegur saya. Dia tanya dari mana. Lepastu, dia cakap nak minta tolong dari saya. Nak pinjam duit. Nampak dia macam susah hati. Dia cakap dia sanggup bagi hp dan jam tangan sebagai cagaran. Kiranya kalau tak bayar balik, saya boleh ambil barang dia. Dia nak pinjam duit sebab kad atm kena telan. Dah tak ada duit nak tidur hotel. Dia dari Johor. Asal Penang. Nama Fazilah. Lecturer muet kat UTM. Dia nak g PPUM esoknya.
Katanyalah. Dia nak keluarkan duit sebab nak gi hotel & esoknya nak ke PPUM. Masa tu kawan2 sy nampak sy. Datang kawan sy 2 orang. 2 lagi pergi solat. Bila kawan sy datang makcik tu ceritakan balik. Sorang kawan sy ni tak fikir banyak sebab nampak makcik tu mengigil & terlalu mengharap. Kawan sy keluarkan rm100 dari atm & bagi makcik tu. Saya sebelum tu cakap kat makcik tu sy boleh bagi rm50 je sebab tak ada duit. Lepas dapat rm100 dari kawan sy, sambung borak lagi. Pasal kerja dia,anak dia medic ireland la.. Pastu dia tany. Harga hotel berapa rm kat area kl sentral & kat mana. Tp kami tak tahu. Dia tanya lg cukup ke tak ya rm100 nak bayar hotel.
Kawan sy tadi bgtau kalau nak pinjam lg saya boleh bg lagi rm100. Masa tu sy dah fikir lain. Cepat2 sy mencelah. Takpelah. Sy bagi pinjam rm50. Tapi makcik tu macam nak kawan sy yg bagi sebab kawan sy nak bg rm100. Maybe sebab dia nampak kawan sy tu mudah dan tak teragak-agak macam sy. Then sy sambung, takpe saya bagi rm100. Tapi bagi hp dan jam tangan. Pastu dia kata nanti nak call kami utk pulangkan duit mcm mana kalau amik hp. Saya pun masa tu bagi jelah. Lagipun fikir kalau ambil jam dia pun nanti kena jumpa & pulangkan balik. Memang nampak dia susah hati and resah. sy masa tu ada jugak fikir kalau mak sy kena macam ni cane. So, dengan harapan saya buat baik dekat mak orang orang balas kat mak saya. Lepas saya kasi sempat saya snap gambar ni incase pape berlaku. Saya kena gerak dulu sebab nak cepat.
Dia ada ambil no hp kawan sy masa tu and miscall. Esoknya kawan sy mesej num akaun sebab dia kata akan bank in lepas buat kad baru. dia reply lepas bank-in nanti dia inform. Tapi sampai sekarang tak bank-in. Kami dah banyak kali mesej and call. Tapi langsung takde jawapan. Banyak kali putuskan call. Dalam mesej tu sy cakap yg saya ada gambar dia. Tapi langsung tak takut. Nampaknya rezeki dia lah boleh rm200 malam tu. Dia tahu kami students. Tak sangka macam tu sekali tipu kami. Kalau makcik atau saudara makcik ada yg terbaca post ni, harap bayar balik.
RM100 banyak bagi kami.Disebabkan orang macam ni la lepasni susah untuk saya dan orang lain lagi utk tolong orang yg benar2 kesusahan. Di sini saya sertakan sekali no hp dia ( 019-361 4929).
Terima kasih.
Mungkin ada kisah disebaliknya apa yang dilakukan wanita ini. Apapun alasannya, sikap sebegini haruslah tidak berlaku lagi kerana ianya sikit demi sedikit menghakis sifat perikemanusiaan terutamanya bagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat perikemanusiaan dan amat mudah kasihankan orang yang di dalam kesusahan. KREDIT OHMEDIA.

Sumber

Inilah 10 pengakuan Jin untuk mengelabui mata manusia

Allah Subhanahu wa Taala melarang manusia berhubungan dan meminta bantuan kepada jin. Pada faktanya, jin yang mau membantu manusia terlebih dengan transaksi tertentu- adalah jin yang menjerumuskan kita ke dalam dosa dan kesesatan.
"Ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Al-Jin: 6).

Dalam rangka mengelabui dan menjerumuskan manusia, banyak jin yang membuat pengakuan palsu. Pengakuan ini umumnya disampaikan pula pada saat jin tersebut diruqyah. Berikut ini 10 pengakuan umum jin sebagaimana dituturkan Tim Ruqyah Majalah Ghoib:

- Mengaku bahwa ia tak mengganggu manusia

- Mengaku membantu manusia khususnya orang yang dirasukinya- dalam beribadah

- Mengaku membantu manusia khususnya orang yang dirasukinya- bekerja dan mencari rezeki

- Mengaku melindungi manusia khususnya orang yang dirasukinya- dari serangan syetan

- Mengaku bisa melihat syetan dari golongan jin yang akan menggoda manusia

- Mengaku melindungi manusia khususnya orang yang dirasukinya- dari kezaliman orang lain

- Mengaku mencintai manusia khususnya orang yang dirasukinya- karena ia rajin ibadah

- Mengaku menyelamatkan manusia khususnya orang yang dirasukinya-dari musibah

- Mengaku akan menjaga kesehatan manusia khususnya orang yang dirasukinya

- Mengaku bahwa dirinya bukan dari golongan syetan

Benarkah pengakuan-pengakuan tersebut? Tim Ruqyah Majalah Ghoib menegaskan bahwa 10 pengakuan itu tidak bisa dipercaya dan bisa dipatahkan dengan logika syari.

Pertama, manusia tidak bisa membuktikan sejauh mana pengakuan maupun penolakannya.

Kedua, kebohongan pengakuan jin tersebut dengan cepat terbongkar ketika ruqyah dilanjutkan. Buktinya, jin tersebut berteriak kesakitan saat dibacakan ayat-ayat tentang Munafiqin dalam surat Al Baqarah. Apalagi setelah dilanjutkan dengan ayat kursi, surat An Nisa ayat 56 dan 115, surat Al Jin ayat 6 serta ayat-ayat lain yang menjelaskan ancaman Allah bagi manusia dan jin yang membangkang perintah-Nya.

Ketiga, manusia tidak boleh meminta bantuan kepada yang ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Taala. Sebagaimana ayat yang senantiasa dibaca saat shalat:

"Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" (QS. Al Fatihah: 5).
Sumber : Mozaik

ISTERI WAJIB !! TAHU Kadang-kadang isteri dah tahu, tapi malu. Suami kena main peranan ye..



Rahsia Disebalik Tidur Di Celah Ketiak Suami | Kajian bancian ke atas 10 ribu orang pasangan yang berkahwin (sumber kajian oleh MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja pasangan isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja pasangan isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Mengapa?
Adakah isteri tahu? Bahawa hormon bau phero yang di rembeskan dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa tenang dan damai. Hampir 65% bau badan suami sebenarnya datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi. Hampirkan hidung di celahan ketiak suami. Tidak di nafikan pasti isteri akan memperoleh pengalaman yang cukup rehat dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (Pengalaman ini hanya isteri sahaja yang tahu bertapa asyik dan tenangnya).

INI ADALAH FAKTA! Serius!

Dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap kepada 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk suami, janganlah cukur ketiak anda sehingga togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
Pada isteri-isteri semua, anda semua sudah praktikan ke tidur atas lengan suami?
Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?
Pesanan terakhir buat isteri bahawa ingat lah kebahagian rumahtangga wujud apabila ada perasaan sayang dan kasih..Kasihilah ketiak suami anda kerana ia pengikat kasih sayang anda suami isteri.

Inilah Punca Kematian & Apa Yang Berlaku Kepada Rosshida Abdullah Sebenarnya...

Dicekik hingga mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya dibawa sejauh 450 kilometer hingga ke Cyberjaya, Selangor.
Mayat itu kemudian dicampak ke dalam kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.

Itu sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu.

Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama suspek ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan dari ibu negara.

“Namun, dalam perjalanan kedua-dua mereka dipercayai bertengkar mengenai orang ketiga dan menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain sehingga suspek mencekik mangsa sehingga mati di satu kawasan dekat Penarik, Terengganu.

“Disebabkan mangsa telah meninggal dunia, suspek mengambil keputusan berpatah balik dari Penarik ke ibu negara, namun setibanya di Cyberjaya, suspek mencampakkan mayat mangsa dari jambatan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Program Kayuhan Pencegahan Jenayah bersama Timbalan Ketua Polis Selangor di Saujana Utama, di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, sepanjang perjalanan tersebut suspek hanya menutup muka mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan itu dengan selimut.

Rabu lalu, mayat Rosshida ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang.

Turut ditemui bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000.