Pages

Tuesday, 12 May 2015

5 Kanak-kanak Islam Yang Ajaib Pernah Mengemparkan Dunia

5 Kanak-kanak Islam Yang Ajaib Pernah Mengemparkan Dunia | Setiap ibu bapa dalam dunia ni sudah semestinya mengimpikan anak yang sihat tubuh badan, anak yang mampu menjadi anak soleh/solehah, dan anak yang baik-baik belaka. Perkara ini sememangnya tidak mustahil kerana terdapat surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh dibaca oleh ibu bapa semasa anak dalam kandungan dan juga ketika ini terdapat teori-teori tentang amalan untuk ibu mengandung bagi mendapatkan anak yang baik. 


Allah S.W.T memang berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini. Ini terbukti apabila lima kanak-kanak yang genius ini berjaya menggemparkan dunia. Siapakah diri mereka sebenarnya? Untuk itu, mari kita lihat senarai lima anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga menggemparkan dunia.

Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:

1. Akrit Jaswal


Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak

2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba’i

Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur’an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.

3. Abdurrahman Farih

Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.

4. Ali Yakubov

Di Rusia kemunculan ayat-ayat ‘Al Quran” di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.

5. Syarifuddin Khalifah

Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat lima waktu. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.
Subhanallah
Kredit : fuh.my

BACA! Rozita Che Wan amalkan Akar Fatimah dari Mekah


Kami paparkan kisah Rozita Che Wan yang mengamalkan Akar Fatimah semasa beliau melahirkan anak perempuan beliau Aaisyah Dhia Rana sebulan yang lalu.






air akar fatimah ni bagus untuk membantu memudahkan proses bersalin. kirenya sakit contraction x lama . sekejap je dah keluar baby nya..



seeloknya minum air akar fatimah ni bermula dari kandungan 37 minggu atau dah nak bersalin atau dah turun tanda.

Khasiat akar siti fatimah
1) Sebagai air selusuh bersalin masyarakat arab madinah
2) Air rendaman amat berkesan untuk kaum-kaum ibu hendak bersalin
3) Selain di minun ia juga boleh di sapu di bahagian perut dan mandi
4) Melancar atau memudahkan proses bersalin



Cara minum
1) Akar fatimah ini boleh di amalkan ketika cecah 37minggu kerana sesetangah orang 37 minggu dah ada tanda nak bersalin.tapi seelok-eloknya lewatkan lagi sehingga dah nak due atau dah turun tanda (keluar air atau darah dari faraj atau bukaan dah buka)
2) Akar siti fatimah hendaklah di bilas kemudian di rendam air biasa yang bersuhu bilik cukup hanya rendaman semalaman sahaja.jika rendam dengan air zam zam lebih bagus.
3) Jika ingin rendam lama simpan di dalam peti sejuk sebab tiada bahan pegawet bimbang air rendaman berlendir atau masam.jika itu berlaku cuci dan rendam kembali.minum 1 cawan sehari .boleh di buat mandi atau di sapu pada bahagian perut.
4) Selepas di gunakan akar fatimah ini di jemur kering dan di simpan dalam bekas bersih. Pastikan betul betul kering baru simpan jika tidak ia akan berkulat.
5) Akar ini boleh di gunakan untuk anak anak seterusnya. Boleh di jadikan warisan turun temurun (tiada exp date)

SELAIN TU BACA DOA NABI YUNUS SEMASA TERPERANGKAP DALAM PERUT IKAN TU
"Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin"
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”





cara simpanan::

- selepas guna, bilas dan keringkan

- simpan di bekas kering

- boleh digunakan berulang kali untuk anak seterusnya atau diwarisi pada anak2..

- akar fatimah xde expired date :)

Amaran !!
DILARANG MENGUNAKAN AIR PANAS / DIREBUS --> kerana ini akan mengecutkan rahim & menutup laluan..
•• tiada expired date.. Bole digunakan berulang kali dan diwarisi untuk anak cucu

testimoni akar fatimah 












Apapun kita hanya ikhtiar, selebihnya bergantung kepada Allah. Doa kami kepada bakal ibu selamat melahirkan anak dengan selamat.



sumber : http://www.halyanicosmetics.com/

Gambar Jutawan Malaysia Habiskan 2 Juta Berhibur Dengan Paris Hilton



Taek Jho Low jutawan Malaysia yang dikatakan menghabiskan 2 juta usd sehari semata-mata untuk berhibur dengan Paris Hilton, memang kaya jutawan hartanah kita ni.. ada gosip-gosip yang mengatakan yang diaorang ni tengah hangat bercinta.. entah lah.. takkan boyfriend Paris Hilton lepasni orang Malaysia pulak kan.. memang beruntung la Taek Jho Low ni… Dengarnya usd 2juta tu dibelanjakan untuk membayar minuman keras termahal untuk Paris Hilton dan rakan-rakan dia di Les Caves du Roy nightclub…

Menurut British tabloids, Taek Jho Low ni memang selalu menghabiskan masa dengan Paris Hilton ni.. ntah berapa juta dia dah habiskan.. Diaorang gelar Taek Jho Low ni sebagai “Malaysian mystery businessman”.. Biar la diaorang nak gelar apa pun.. yang penting Taek Jho Low hidup bahagia disamping Paris Hilton ni kan.. Sejak Taek Jho Low banyak menghabiskan masa dengan Paris Hilton, nama dia banyak mendapat tempat di majalah dan laman selebriti Hollywood.. Popular sekejap dia ni di Hollywood… Apa-apa pun jom kita layan gambar Taek Jho Low jutawan Malaysia yang berhibur dengan Paris Hilton nie…








Liyana Jasmay Rela Berniaga Daripada Menipu Melalui Skim MLM



Pelakon Liyana Jasmay mengakui lebih selesa dan seronok menjalankan perniagaan biarpun secara kecil-kecilan. Liyana yang kini giat melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan khusus dalam fesyen –ready-to-wear menerusi label miliknya, Mermaid Luxe.
Menurut wanita berusia 27 tahun ini, biar  kecil keuntungan yang diterima, tetapi dia tidak menipu orang awam untuk menjadi cepat kaya.
“Melihat kepada situasi sekarang, ia merupakan pengalaman yang mengujakan bila dapat bersama mereka yang lain berniaga bersama-sama dan ia merupakan perkembangan yang positif.
“Saya lebih rela berniaga kecil-kecil biarpun jual air kotak daripada menipu orang dengan peniagaan multi-level marketing,” ujar Liyana.
Tambah Liyana lagi, dia kini sedang menyusun strategi pemasaran dan memastikan pembeli dapat melihat sendiri apa yang ditawarkan label ini selain menjualnya di online shopping.
“Saya merasakan untuk membuatkan orang ramai percaya dengan produk yang ingin saya jual, sekurang-kurangnya saya harus tampilkan ia dimana-mana platform yang ada seperti bazaar dan sebagainya.
“Selepas ada yang tengok dan lihat sendiri apa yang Mermaid Luxe tawarkan, mereka boleh membeli terus atau di dalam online shopping serta Instagram.
“Alhamdulillah banyak yang saya belajar apabila menjual barangan di Instagram dan bazar kerana dari situ kita dapat melakukan kajian pasaran serta memperbaiki produk ditawarkan agar memenuhi kehendak pelanggan," jelasnya lagi.
Sumber: Portal Murai